Nuffnang Ads

Sunday, February 22, 2009

Kayuhan Berbasikal Ipoh->Chemor--> Ipoh


(para peserta sedang bersiap sedia dalam aktiviti itu - foto kak yong/9w2yzu)

Aktiviti berbasikal dari Ipoh ke Chemor dan kembali ke Ipoh semula sempena perayaan Ulang tahun ke 2 Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts)telah berlangsung baru-baru.

Sehari sebelum itu, telah diadakan majlis bacaan Yassin serta solat maghrib dan isyak secara berjemaah dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Samsul Rizal Hasan
(9W2SSG)yang diadakan di wakaf Parts, Jalan Slibin,Ipoh.

Lebih 120 stesen telah menyertai majlis BBQ serta jamuan malam yang diadakan diperkarangan wakaf tersebut.

Sunday, February 1, 2009

OPS TENGAS 3 PENUH KENANGAN

Ops Tengas 3 sudah pun berakhir pada 31 Jan 2009 di Lata Bayas, Jeliang,Kuala Kangsar dengan disertai oleh 7 stesen (termasuk 1 rakan swl).yang banyak meninggalkan kenangan manis.

Meraka adalah terdiripada : 9W2 PHJ (Ketua ops),9W2 DJJ,9W2 MPB, 9W2 IPT,9W2 LES, 9W2 KMR DAN SWL Amylia.

(9W2 MPB sedang memeriksa kuda besinya sebelum berangkat)

Aktiviti Ops Tengas ini telah dimulakan sejak bulan November 2007 dimana Lata Pecah Batu, Manong, telah dipilih sebagai Ops 1... ini adalah diantara projek rakan-rakan gabungan RA stesen Parit dan Kuala Kangsar sebagai aktivti tetap dwi bulan mereka.

( Inilah cabaran pertama yang dilalui semasa menuju tempat ops)

Sebelum anggota ops ini berangkat, pada pagi itu hujan telah turun - menyebabkan jadual berangkat telah diubah kepada jam 10 pagi-jadual asalnya jam 09.00)
(9W2 PHJ mengetuai bacaan doa sebelum memulakan Ops Tengas 3)

Tempat ops tersebut terletak kira-kira 16km dari jalanraya - anggota menggunakan koda besi untuk sampai ketempat berkenaan - manakala kira-kira 4km pula berjalan kaki dalam keadaan geografi yang bermacam-macam.
(Rakan-rakan RA sedang berbincang sebelum memasuki Lata Bayas)

Adakalanya terpaksa merangkak seperti biawak - menjalar dinding tebing yang tingginya kira 100 meter dalam keadaan yang licin dan halangan pokok-pokok berduri, Dan menyusur akar pokok seperti ular - merangkak seperti kura-kura semasa menaiki batu-batu besar semasa menentang arus sungai di Lata berkenaan sederas kira-kira 40 km sejam.
( Inilah hasil tebaran Jala pertama di Lata Bayas)

Selain dari itu, gerakan pacat-pacat juga tidak ketinggalan turut menyambut kedatangan anggota ops tersebut - kumpulan pacat-pacat bertaburan disepanjang lorong (ini adalah disebabkan kawasan sekitar lorong basah - berair dan lembab).

Ops Tengas 3 ini agak istimema jika dibandingan dengan ops 1 dan 2 - kerana kehadiran 9W2 LES telah memeriahkan lagi susana ops dengan menawarkan diri sebagai chef - memasak dan menyediakan sajian makan tengah hari di satu tempat kem pekerja balak.
(anggota Ops Tengas 3 ketika bersarapan pagi dikemuncak Lata Bayas)

Buat pertama kalinya buat saya menimati ikan tengas bakar yang baru sahaja ditangkap - walau pun dibakar tanpa garam-kunyit dan lain-lain bahan - rasanya sungguh enak manis dan sedap.
Kedua - menjadi cerita lucu dan gelihati melihat gelagat rakan-rakan - 9W2 PHJ - 9W2 KMR - 9W2 DJJ dan 9W2 MPB - yang bersatu tenaga mencuba mencabut pokok "Tongkat Ali" namun usaha mereka gagal ( dengan itu saya mentafsirkan sesiapa yang mengamalkan herba Tongkat Ali ini akan menjadi gagah-kuat melebih kekuatan 4 manusia ...hehehehe).

Selain dari banyak lagi tumbuhan herba yang boleh diperolehi di kawasan ops berkeaan seperti " Kacip Fatimah" apa yang difaham bersuaian untuk XYL amalkan..akan mengacek apa-apa yang patut..heheheheee...

Menurut ketua ops 9W2 PHJ, aktiviti ops ini akan diterus dari masa ke semasa dari satu Lata ke Lata yang lain seluruh negeri Perak.

Yang menjadi tumpuan dan perhatian umum sekarang, ialah Lata manakah yang menjadi pilihan dalam Ops Tengas 4 ? sama-sama kita tunggu.

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server