Nuffnang Ads

Tuesday, March 31, 2009

GRAPET SUSUN OPS TENGAS 5

(Rakan GRAPET sedang menyiang ikan dalam Ops Tengas 4 yang lalu)

Gabungan Rakan Radio Amatur Dan Rekreaksi (zon) Perak Tengah (GRAPET) sedang mengenalpasti lokasi Ops Tengas 5 yang dijadual bermula tidak lama lagi.

Ketua Ops 9W2PHJ (Tuan Haji Jamalul) berkata, cadangan lokasi yang pertama ops ke 5 ini sudah diketahui, cuma mencari satu lagi kawasan yang setaraf dengannya sebagai lokasi alternetif.

Menurutnya, Aktiviti Ops Tengas itu dilaksanakan sebagai program dwi bulanan GRAPET dan menjelajah seluruh kawasan Lata yang terdapat di negeri Perak.

" kami juga telah merancang untuk meninjau kawasan lata di Cameron Highland dan buat masa ini masih dalam pertimbangan " jelasnya.

"Ops Tengas dijalankan selama 1 hari sehaja dan tidak bermalam - masuk ke lokasi berkenaan sekitar jam 9-10 pagi dan kembali semula jam 4-5 petang itu juga"sambung 9W2PHJ.

Menjawab soalan, 9W2PHJ menyatakan, Ops tengas anjuran GRAPET ini terbuka kepada semua rakan-rakan radio amatur dalam dan luar Perak tanpa bayaran dikenakan.

" Ops ini bertujuan untuk berQSO di daratan dengan rakan RA seluruhnya disamping mengeratkan lagi silatulrahim"..jelasnya lagi.

sambungnya, Setakat ini rakan kita 9W2APH dan swl Zaki - kedua-duanya dari Sekinchan, Selangor telah menyertai Ops Tengas yang lalu.

Sunday, March 22, 2009

KAYUHAN RAKAN COP IPD PERAK TENGAH

(Foto 9W2DFA)

Sejumlah 232 peserta dari Perak, P.Pinang, Kedah dan juga dari K.Lumpur mengambil bahagian Kayuhan COP IPD Perak Tengah yang berlangsung baru-baru ini.

Peserta berkenaan memulakan kayuhan dari IPD Perak Tengah di Seri Iskandar dan dilepaskan oleh Ahli Parlimen Parit Yang Berhormat Ustaz Drs. Mohd Nizar Zakaria dalam suasana ceria dan gemilang melalui Parit - Layang Kanan dan Bota.
(Foto 9W2DFA)

Selain daripada itu, beberapa buah gerai disediakan oleh pihak penganjur yang mana Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) turut mengambil bahagian mempamerkan peralatan komunikasi serta memberikan khidmat nasihat kepada para pengunjung yang berminat menceburi bidang tersebut Pameran ini diketua oleh 9W2SLJ -pengerusi Parts sendiri.
(Foto 9W2DFA)

Ahli Parlimen Parit telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah pada tengah hari itu dan menandakan tamat acara tersebut.

Tuesday, March 10, 2009

GRAPET Tubuh di Perak

Sebuah lagi Pertubuhan Radio Amatur akan wujud di Negeri Perak dalam beberapa waktu ini dan pertubuhan itu dinamakan " Gabungan Radio Amatur Perak Tengah " atau rengkasnya GRAPET.


Jurucakap Penaja GRAPET memberitahu, nama tersebut bagi menggantikan nama asalnya Gabungan Radio Amatur GRA Parit dan Kuala Kangsar yang dipercayai telah menggelirukan sebahagian anggota RA.


" GRAPET akan didaftarkan sebagai sebuah Pertubuhan NGO yang dilengkapi dengan peraturan dan undang-undang tubuh - semuanya itu sedang disiapkan.." jelasnya.


Jurucakap itu menjelaskan, GRAPET bukan bererti " Daerah Perak Tengah" tetapi ianya sebuah kawasan zon tengah-tengah negeri Perak.


Menurutnya, GRAPET membuka keahliannya kepada mana-mana stesen yang tinggal dalam kawasan Kuala Kangsar, Ipoh, Batu Gajah, Parit, Seri Manjung, dan Kg Gajah. Manakala mereka yang tinggal di luar kawasan tersebut boleh menjadi ahli bersekutu.


" Kami berharsat untuk mendaftarkan GRAPET ini dalam tahun ini juga " kata jurucakap itu lagi.


Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server