Nuffnang Ads

Sunday, June 28, 2009

Jamuan Durian Rakan V22



Sekarang sudah masuk musim durian gugur di sekitar daerah di negeri Perak - pelbagai jenis durian sekarang sudah berada di pasaran dengan harga sedikit mahal dalam waktu yang terdekat ini (awal musim).

Sempena dengan musim durian kali ini rakan V22 kita 9W2 MPB menjemput semua rakan-rakan Radio Amatur tidak kira berada dimana menghadiri majlis jamuan makan durian secara berkelah pada, masa dan tempat berikut;

Tarikh: 5hb Julai 2009
Jam : 10 pagi (sampai habis buah durian)
Tempat : Di Kediaman Ayahandanya
di kampung Suak Petai, Manong.

Frekuensi perhubungan V.22 (145.275)
HP : 012 544 0454 ( Man )
#sebarang pertanyaan atau pandu arah bolehlah menghubungi kemudahan di atas.

Thursday, June 25, 2009

ULASAN LANGSUNG DI V22

(Peristiwa kemalangan di Sg Perak baru-baru ini)


Sehingga ini V22 telah menyediakan tiga ulasan langsung dalam memberikan maklumat berhubungkait dengan pelbagai kejadian untuk rakan-rakan RA yang mendengar atau memantau di frekuensi tersebut.

Ulasan langsung tersebut dilakukan oleh 9W2PHJ dari tempat kejadian iaitu; 2 peristiwa kemalangan di Sungai Perak hingga membawa maut dan satu lagi di tapak sambutan Ulangan Tahun Keputeraan DYMM Sultan Perak di dataran Sg Perak - kesemuanya di Kuala Kangsar.

Jurucakap V22 memberitahu, liputan langsung yang seumpama itu akan terus diadakan dari masa ke semasa untuk memberi maklumat terkini ditempat kejadian kepada rakan-rakan RA terutama yang memantau di frekuensi V22.

Monday, June 15, 2009

Untuk Panduan Bersama


Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.
"When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others".

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server