Nuffnang Ads

Thursday, July 30, 2009

Makan Bersama atau berkongsi??

Ahaa kali ini saya bawakan pula suatu majlis kenduri makan beramai-ramai dalam satu talam? atau kawah? yang pastinya bukan berlaku di Malaysia.

Dengan cara ini agak-agaknya pasti mereka tidak berebut-rebut atau gelojuh masa makan kerana bukan sahaja banyak malah mungkin tak termakan..hehehee..

Atey... bagaimana kalau kita pulak cuba buat majlis makan yang seumpama itu - harap-harap tidak ada rakan yang baring selepas makanan habis.

Wednesday, July 29, 2009

Makan2 di Parit


Pagi tadi kira-kira jam 12 tengahari 9w2PHJ singah di Parit dalam perjalanannya ke Batu Pahat, Johor kerana menyempurnakan tugasan.

Beliau yang datang berseorangan sebelum itu telah singgah di Jeliang, manong menemui 9W2DJJ dan bersarapan bersama.

Di Parit pula sempat pula 9w2IPT ber QSO dengannya di daratan serta makan tengahari di restauran " Minang" yang sudah pastinya membuka selera sesiapa sahaja yang berkunjung kesitu.

Sambil-sambil makan dan ber QSO serta dengan pemandangan indah jambatan Cempakasari yang indah terseragam kira-kira 500 meter dari situ.

Beliau berangkat meninggalkan Parit terus ke Johor kira-kira jam 1 petang.

Wednesday, July 22, 2009

Juara Ber QSO V22

Inilah wajah juara bertahan kiri 9W2 DJJ bersama 9W2 PHJ yang berjaya mengekalkan kejuaraan mereka dalam mecipta waktu QSO paling lama dari jam 10 malam hingga 5.25 pagi.

Disepanjang ber QSO disimplek V22 mereka telah membawa pelbagai topik untuk diperbincang diantaranya isu-isu semasa berkaitan radio amatur dan juga pengalaman masing-masing berjumpa dengan apa yang dikatakan " Hantu ".

Bagi 9W2 DJJ makhluk Allah itu ditemui bertinggek di atas dapur dalam rumahnya pada suatu hari ditengah malam dalam keadaan yang seram+sejak ditambah lagi mulut terkunci serta kaki terasa berat nak melangkah.

Nak tau cite selanjutnya? bertemu terus 9W2 DJJ di kampungnya, di Jalan Badak, Manong.

Saturday, July 18, 2009

Gagal cipta rekod baru

Dua orang rakan tetap V22 9W2 PHJ dan 9W2 IPT gagal mencipta rekod baru ber QSO paling lama di simplek frekuensi tersebut malam tadi.

Dengan itu Rekod yang dijayakan 9W2 PHJ bersama 9W2 DJJ berjaya dikekalkan sehingga ini sebagai aktiviti ringan Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET) ber QSO hingga jam 5.25 pagi.

Manakala malam tadi 9W2 PHJ dan 9W2 IPT ber QSO hingga kira-kira jam 4.35 pagi sahaja setelah 9W2 PHJ menguap beberapa kali dan hampir lelap.

Bagaimana pun 9W2 IPT mencipta rekod tersendiri apabila bangun pagi ini jam 12.30 tengah hari yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Friday, July 17, 2009

Seri Iskandar jadi tumpuan

Bandar Baru Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah menjadi tumpuan ummat Islam di serata ceruk dan rantau negara ini sejak berlangsung Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-52 yang bermula dari Julai 14 2009 lalu.

Manakala nama Universiti Teknologi Petronas (UTP) pula menjadi sebutan ramai apabila di pilih sebagai lokasi tilawah tersebut yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd. Perdana Menteri Malaysia.

seramai 29 peserta mewakili 14 negeri memeriahkan majlis yang mengajak umat Islam dan bukan Islam yang berminat untuk mendalami ilmu pembacaan al-Quran.

Malah, johan menunggu iaitu qari dan qariah yang kedua-duanya mewakili Perak turut mengambil bahagian kali ini. Mereka ialah johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-51, Shamsul Ariffin Saban @ Supian dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman.

Tuesday, July 14, 2009

Jambatan Cempakasari hampir siap

Jambatan Cempakasari yang diimpikan oleh penduduk kampung - menghubungi tanah besar (Parit) ke seberang kampung Belanja Kiri kini hampir siap.

Apabila ianya siap sepenuhnya kelak, memberi kemudahan kepada kira-kira 5,000 orang penduduk dan pelajar sekolah disekitar Kg. Belanja Kiri, Kg Changkat Banjar, Kg.Sadang, Kg Tj Dedalu dan kg.Tua.Buat masa ini mereka menggunakan bot tambang dan juga kenderaan penganggkutan awam.

Semasa pengambaran jambatan ini dilakukan, saya telah menemui seekor biawak besar/ beroyang? yang panjangnya lebih satu meter dan besar perutnya macam bola ragbi berenang di tebing sg Perak (lihat gambar di atas).

Inilah kali pertama saya melihat binatang yang seperti itu yang bersize besar dan gagah - kalau dekat... rasa-rasanya kecuk perut juga.
(foto jambatan cempakasari Parit yang hampir siap)
(Rumah Rehat Cempakasari yang setaraf dengan hotel Malaysia)

Friday, July 10, 2009

Nostalgia: TRAGEDI NATRAH


(Natrah telah meninggal dunia rujuk blog 9w2ipt.blogspot.com)


Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.

Kisah Natrah; ia amat menyayat hati....

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.
Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.

Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.

Tuesday, July 7, 2009

Blog V22 tempat Pertama


Blog V22 sekali lagi diumumkan blog berbahasa Melayu yang menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara sepanjang hari ini.

Blog V22 adalah input dan informasi rakan-rakan RA yang menjadi rakan tetap frekuensi tersebut yang dikendalikan oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET).

Kira-kira 1 jam sebelum diumumkan di tempat pertama, mengikut rankingnya di tempat ke 2 bersama blog 9w2ipt dengan cerita yang sama.

Jurucakap GRAPET merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan RA yang mengunjung blog berkenaan dan berharap ianya dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Sunday, July 5, 2009

Kenduri Durian MPB meriah


Kenduri Durian anjuran rakan V22 9W2 MPB di kampung Suak Petai, Manong, Perak berjalan lancar dalam suasana meriah dan muhibbah sesama rakan RA.

Keluarga 9W2 MPB sedang menyediakan kuih jala di majlis berkenaan

Sembilan belas stesen RA Perak hadir pada majlis tersebut (termasuk rakan-rakan RA yang menyertai kayuhan kuda kepang yang diketuai oleh 9W2 DMG sejauh lebih 32km.

Sebahagian himpunan buah durian untuk dijamu pada yang hadir

Foto bersama 9W2 HMI-9W2 DUA - 9W2 IPT pada kenduri tersebut.

Bergambar ramai rakan-rakan RA yang berkuda kepang sebelum meninggalkan lokasi kenduri dan menyambung semula kayuhan mereka. (9W2DMG no 2 dari kiri)

9W2 SLJ - 9W2 HLJ - 9W2 HBC - 9W2 ZAE berQSO di daratan di majlis itu.

(tunggu laporan selanjutnya di blog 9w2ipt)

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server