Nuffnang Ads

Sunday, August 30, 2009

Gedung Tertinggi di dunia ada di Kuwait

Negara Timur Tengah sepertinya sedang berlumba-lumba untuk menjadi negara yang tercanggih di dunia.

Sebelumnya di Dubai dibangun gedung tertinggi di dunia dengan nama Burj Dubai (sekitar 800 meter), Kuwait akan "menyalip" rekod Burj Dubai dengan gedungnya yang diberi nama Burj Mubarak Al-Kabir.


Acabion GTBO: Kenderaan paling laju di dunia


Acabion GTBO, kenderaan yang berbentuk seperti pesawat jet kecil ini adalah kenderaan terlaju dan terpantas di dunia waktu ini.

Acabion GTBO dapat mencapai kelajuan 482 km per jam dan kelajuan maksimum yang biasa "dipacuan" adalah 548 km per jam.

Sunday, August 23, 2009

10 stesen sertai Sahur Net V22



Hanya 10 stesen sahaja yang berkesempatan menyertai Sahur Net anjuran Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreaksi Perak Tengah (GRAPET) 21 Ogos lalu.

Sahur net adalah aktiviti pertama Check Net di V22 dan sebagai langkah percubaan dan di kendalikan oleh dua pengawal rangkaian, 9W2 PHJ (1) dan 9W2 IPT (2) yang bermula dari jam 12 malam hingga jam 4 pagi besoknya.

Mereka yang mengambil bahagian dalam net julong kalinya di V22 adalah;
9W2 YIN - 9W2 RKM - 9W2 NIM - 9W2 YZB - 9W2 VZO (sms) - 9W2 ULA - 9W2 YIM - 9W2 CKM (sms) - 9W2 DFA dan 9W2 MPB.

Disamping Net tersebut disempurnakan juga info agama dan tazkirah Ramadhan yang di laksanakan oleh 9W2 PHJ.

GRAPET mengucapkan sekalong tahniah serta terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian sepanjang net berkenaan.

Saturday, August 22, 2009

Thursday, August 20, 2009

Check Net Sahur di V22 malam ini



V22 malam ini (21hb Ogos) akan mengelolakan Check Net Sahur mulai jam 12 malam hingga jam 04.00 pagi besok.

Check Net itu dikendalikan oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) kendalian 2 stesen 9W2 PHJ dan 9W2 IPT.

Menurut kenyataan GRAPET, Check Net Sahur itu berlainan caranya jika dibandingkan dengan check net yang di kendalikan oleh rakan-rakan RA sebelum ini.

Check Net Sahur itu di waktu yang sama (bermula 12 malam) rakan-rakan tetap V22 akan berQSO sementara menantikan mana-mana stesen yang ingin menyertai check in pada bila-bila masa.

" kami mengajak serta mengalu-alukan rakan-rakan RA seluruh daerah di Perak mengambil bahagian pada Check Net sulong di V22 ini " jelas kenyataan itu.

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di mana sahaja berada, mudah2an puasa tahun ini dapat disempurnakan dengan lebih cemerlang dari tahun-tahun sebelum ini.

Disamping itu, kita sama-sama beringat mengenai wabak H1 N1 dan kita menjaga kesihatan dengan memakai topeng mulut/hidung apabila berada di tempatan awam. (tetapi jangan pula mengonyah sesuatu kehkehkehehhh..)

Thursday, August 13, 2009

Separuh Hari Di UPSI


Hari ini banyak masa separuh hari 9W2 IPT berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak. Kerana menyaksikan Majlis Konvo ke 11 dan hari ini adalah majlis sessi ke 5 yang telah bermula 20 Ogos hingga 15 Ogos 2009.

Kehadiran 9W2 IPT bersama XYL dan keluarga bagi merayaikan harmoninya yang telah tamat belajar selama 4 tahun di UPSI dan hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua penuntut di situ dan selepas ini mereka bergelar graduan.

Majlis yang berlangsung di Dewan SITC menganugerah lebih 300 penuntut jurusan matematik dan Geografi dan disempurnakan oleh Pro Canselor Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.

Tuesday, August 11, 2009

Menziarahi Rakan Sakit

( 9W2 MPB sedang menyediakan jamuan pada pertemuan petang semalam)


Kira-kira jam 3 petang semalam 9W2 IPT bersama 9W2 DJJ berkunjung ke kediaman rakan kita yang sakit sejak 6hb Ogos lalu 9W2 MBP di Kampung Pecah Baru, Manong.

9W2 MPB mula terasa kurang sihat dan terasa badannya menjadi lemah selepas membuat lapor langsung ke penggulang RKV dari tebing Sungai Semat dan Manong mengenai pertemuan jenazah seorang peserta Kembara yang diberitakan hilang dari Kem Rekreasi Guar, pada 2 ogos lalu.

Menurut 9W2 MPB peringkat awalnya dia hanya memakan ubat yang dibeli di kedai sahaja namun sakitnya tidak berkurangan - kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Manong nampaknya ada sedikit perubahan.

Difahamkan XYL serta harmoninya juga tidak sihat dan duduk di rumah sahaja.

Sementara itu, 9W2 ULA juga dilaporkan tidak sihat dan demam sejak beberapa hari lalu.

Thursday, August 6, 2009

XPDC GUNUNG BUBU DITANGGUHKAN

Xpdc menjelajah dan mendaki Gunung Bubu di Kuala Kangar Perak yang dijadualkan pada 14hb Ogos ini DITANGGUHKAN.

Kenyataan Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) berkata hari ini , xpdc tersebut terpaksa ditangguhkan kerana menghormati suasana sedih yang masih menyelubungi rakan-rakan Radio Amatur (RA) yang terbabit dalam Operasi mencari dan menyelamat seorang peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) yang hilang.

Menurut kenyataan itu lagi, xpdc gunug bubu itu akan di rancang semula dengan tarikh dan hari yang sesuai yang akan diumukan kemudian.

BERITA TERKINI : Siti Aishah Di temui

Siti Aishah bt Hassim 19, yang hilang di Kem Rekreasi 2hb Ogos lalu semasa mengikuti latihan Kembara telah ditemui lewat petang ini.

Beliau ditemui oleh penduduk kampung, dalam keadaan terdampar di Sungai Perak berhampiran tebing kampung Semat, Manong daerah Kuala Kangsar dalam keadaan tidak bernyawa lagi.

Jenazahnya telah di bawah ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.

Wednesday, August 5, 2009

Ops Mencari dan Menyelamat Aishah diteruskan

(9W2 PHJ Sedang menyampaikan lapor langsung di V22)
- kiri 9W2 VEL Kanan 9W2 LES-


Gerakan mencari dan menyelamat Siti Aishah yang hilang di Kem Rekreasi Guar, Manong, Kuala Kangsar Perak disambung lagi hari ini.

Petang semalam pasukan mencari dan penyelamat dari PGA telah di tempatkan dan base mereka tidak jauh dari bilik gerakan radio amatur manakala hari ini tidak kelihatan lagi unit udara PDRM di kawasan operasi.

(9W2 IPT sedang memberikan taklimat kepada Presiden Parts 9W2 SLJ)

Pada mulanya difahamkan, pihak pengurusan operasi akan menamatkan gerakan mencari dan menyelamat sehingga semalam (5hb) dan penduduk kampung yang bersimpati dengan peristiwa itu akan menerus usaha tersebut. Sehubungan itu mungkin sebahagian dari unit-unit tertentu sahaja diberhentikan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) 9W2 SLJ telah melawat dan berbincang dengan rakan radio amatur di bilik gerakan RA dan menyumbangkan bantuan peribadi.

(Taklimat daripada Bilik Operasi Utama)

Anggota Radio Amatur Perak yang memberikan khidmat mereka malam tadi ialah; 9W2 IPT, 9W2 PHJ, 9W2 LES, 9W2 DJJ, 9W2 VEL dan 9W2 MPB.

Kepada anggota RA yang mempunyai masa terluang dan berhasrat ingin bersama bolehlah menyertainya secara bergilir-gilir. Bilik Gerakan RA tersebut telah dibuka sejak hari pertama operasi pada ahad 2 hb Ogos lalu.

Sementara itu 9W2 PHJ telah menyumbang 2 khemah untuk kegunaan bilik gerakan tersebut.

(Unit Udara PDRM sedang beroperasi)

Malam tadi penduduk kampung turut membantu usaha tersebut tanpa henti selama 24jam yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil , malangnya sebahagian dari mereka difahamkan menggangu usaha-usaha yang dijalankan oleh kumpulan pra normal yang memerlukan susana sepi dan senyap.

Disamping itu, kumpulan darul sifaq telah menyambung khidmat mereka yang terhenti malam kelmarin terdiri daripada kira-kira 15 anggota.

Monday, August 3, 2009

10 Stesen RA bantu ops pencarian pagi ini

(Sebahagian Rakan Radio Amatur yang menyertai Ops tersebut)

Sejumlah 10 Stesen Radio Amatur Perak turut membantu ops pencarian dan menyelamat gadis hilang di Kem Rekreasi, Kg Guar, Kuala Kangsar Perak pagi ini.

Mereka adalah ; 9W2DJJ - 9W2GWC - 9W2HKK - 9W2NIM - 9W2TUO - 9W2FTB - 9W2ULA - 9W2MPB - 9W2 AFM & 9W2 PHJ. gerakan mencari yang dimulakan pagi ini (untuk hari ini).


(unit Udara PDRM bersedia menanti arahan di lokasi tempat kejadian)

Dalam kejadian itu seorang gadis peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) Siti Aishah Hassim dari Selangor didapati hilang semasa aktiviti kembara berjalan subuh yang dimulakan kira-kira jam 2 pagi dikem berkenaan pada ahad lepas.

Sejak itu gerakan untuk mengesan dan menyelamat telah dijalankan oleh Pasukan beruniform/keselamatan, unit anjing, unit penerbangan PDRM serta orang-orang kampung serta rakan-rakan radio amatur tempatan.

Bilangan rakan radio amatur kian bertambah sehinggalah pagi ini 10 stesen turut membantu dalam ops berkenaan disamping itu 9W2PHJ menyediakan dua khemah untuk menampung kegunaan ops tersebut.

Frekuensi yang digunakan khas untuk Radio Amatur 145.275 Mhz= V22 dan rakan-rakan RA yang ingin mengetahui perkembangan terkini bolehlah memantau di frekuensi tersebut.

Operasi Mencari Gadis Hilang di V22

(SITI AISHAH BINTI HASSIM)

Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET) telah membuat lapor langsung berkaitan kehilangan seorang peserta kembara anjuran Biro Tata Negara di Kem Rekreasi Guar, dekat Manong, Perak di frekuensi V22 pagi ini.


(Diantara rakan Radio Amatur di lokasi kejadian)

Lapor langsung itu di sempurnakan oleh 9W2 PHJ bersama 9W2 IPT bermula kira-kira jam 11 pagi manakala Pertubuhan Penyiaran Radio Amatur Perak (PARTS) pula meminta lapor langsung itu dibuat melalui penggulangnya kira-kira jam 2 tengah harinya.

Inilah lapor langsung khas kali ke 4 yang dibuat oleh GRAPET dalam usaha menyampaikan perkembangan terkini sesuatu kejadian kepada frekuensi berkenaan.

Sebelum ini Lapor langsung dari lokasi kejadian juga dilakukan oleh 9W2 PHJ bersama 9W2 IPT mengenai 2 kejadian jatuh sungai di Sungai Perak dan satu lagi temasya sukan sungai sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak.

Dalam kejadian hari ahad lalu (2hb Ogos) sekumpulan peserta dalam aktibiti Kembara Berjalan pada waktu subuh dan diketahui seorang daripada pesertanya hilang pada pertengahan aktiviti berkenaan.

Butir mangsa yang hilang adalah seperti berikut;

SITI AISHAH BINTI HASSIM
PESERTA KURSUS BTN
HILANG DI TAMAN REKREASI KG.GUAR,MANONG

MAKLUMAT HUBUNGI ;

1.IBU PEJABAT POLIS KUALA KANGSAR. TEL.05-7762222

2.EN.SAID (KETUA KAMPUNG GUAR) TEL.013-4659108

Sunday, August 2, 2009

Perubahan Tarikh Xpdc Gunung Bubu 14 Ogos

Aktiviti menjelajah dan xpdc Gunung Bubu yang dijadualkan pada 15hb Ogos DIPERCEPATKAN Kepada 14hb Ogos 2009.

Berikutan daripada pindaan itu jadual berkumpul di perkarangan Biro Tata Negara (BTN) di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak ialah pada jam 3 petang selepas solat jumaat.

Jurucakap GRAPET memberitahu, perubahan tarikh tersebut untuk memudahkan para peserta yang bekerja untuk mengambil cuti. dan pulang pada hari Ahad.

" Apabila semua peserta telah berkumpul di perkarangan BTN akan diberikan taklimat sebelum berangkat" jelasnya.

Menurutnya lagi, lain-lain perkara tetap seperti yang diumumkan sebelum ini tanpa perubahan.

Bagi peserta yang tinggal di luar negara Perak bolehlah bermalam di Rumah Rehat Parit atau Rumah Rehat Kuala Kangsar dengan tanggungan sendiri.

Saturday, August 1, 2009

XPDC Gunung Bubu 15 Ogos

(eyeball petang tadi mengenai xpdc tersebut )

Aktiviti menjelajah dan xpdc Gunung Bubu dekat Kuala Kangsar, Perak sudah ditetapkan pada 15hb Ogos 2009 ini.

Kegiatan riadhah itu sebagai kemuncak aktiviti Ops Tengas yang dianjur oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET).

Sebelum ini GRAPET telah melaksanakan empat ops tengas (menangkap ikan tengas) disamping kegiatan jungle tracking memakan masa sehari suntuk.

Jurucakap GRAPET memberitahu, xpdc Gunung Bubu itu membabitkan 3 hari 2 malam dan bermalam di Check Point Sungai Gading dan di kemuncak gunung.

" Expc ini terbuka kepada orang ramai yang meminati kembara serta rakan radio amatur amnya tetapi mempunyai ketahanan diri dan mental "jelasnya.

Menurutnya, xpdc itu bermula jam 8 pagi berkumpul di Biro Tata Negara Ulu Kenas dan sebelum itu satu taklimat akan diberikan kepada semua para peserta. Pulang pada Isnin.

" Persiapan awal yang perlu diselesai oleh peserta ialah bayaran RM10.00 untuk mendapatkan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehutanan Negeri Perak yang akan diusahakan oleh pihak penganjur" sambungnya.

Menurut kenyataan itu lagi, para peserta hendaklah bersiap sedia dengan pakaian jungle tracking, lampu suluh, senjata yang bersuaian, sarong kaki dan tangan disamping penyediaan makan dan minum sepanjang xpdc tersebut.

" kami akan menyediakan khemah untuk penginapan tetapi mereka hendaklah membawa bersama sleep Beg"katanya.

Tarikh tutup permohonan 6hb Ogos 2009

Mereka yang berminat menyertai xpdc ini bolehlah berhubung melalui;

9W2 PHJ ( 013 400 3436) Haji Jamalul
9W2 DJJ (019 522 7052) Pak Hafis
9W2 SUF (012 559 0096) Sufian
9w2 MPB ( 012 544 0454 Man
9W2 IPT (019 565 7923) Putera Idris

atau email:
radiokita.malaysia@yahoo.com.my

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server