Nuffnang Ads

Monday, September 28, 2009

Ikan ... Ikan .... Ikan !!


Kali ini saya kemukakan foto-foto untuk rakan-rakan HAM yang meminati aktiviti " Joran " yang pastinya amat menarik - lihat sahaja gambar-gambar yang di sediakan untuk anda





Monday, September 21, 2009

World Rekod Lelaki Tertinggi

Lelaki yang mempunyai ketinggian 2.465 meter iaitu 8 kaki 1 inci yang berasal dari Turki ini dinobatkan lelaki paling tinggi didunia oleh oleh Buku Rekod Dunia Guinness di London, semalam.

Dia yang dikenali sebagai Sultan,26 menggantikan lelaki dari China, Bao Xishun yang memiliki ketinggian 2.36 meter dalam buku rekod itu.

Selain mempunyai keistimewaan tinggi,dia juga mempunyai tapak tangan dan kaki terbesar dunia dengan ukuran 27.5 sentimeter dan 36.5 sentimeter.

Seperti mana insan2 normal yang lain, Sultan juga mempunyai impian untuk berkahwin dan mempunyai anak.

"Impian terbesar saya ialah untuk berkahwin dan memiliki anak. Saya kini mencari cinta sejati,” katanya yang dipetik didalam akhbar Metro hari ini.

Friday, September 18, 2009

Jambatan Cempkasari Dibuka




Jambatan Cempakasari yang menghubungi tanah besar Parit ke Kg Belanja Kiri sudah dibuka kepada orang ramai sempena perayaan Aidilfitri ini.

Jambatan tersebut mula dibuka sejak 2 hari lepas tidak putus-putus dengan pengunjung dan pengguna yang menyeberang sama ada ke Parit atau ke Kg Belanja Kiri, Changkat Banjar, Kg Tua, Kg Sadang atau ke Kg Sungai Korok diseberang sungai Perak.

Kemudahan tersebut hanya boleh digunakan untuk pejalan kaki, berbasikal atau bermotosikal sahaja di atas jambatan itu - jika berjalan kaki dari Parit ke Belanja Kiri mengambil masa kira-kira 5 minit.

Jambatan Cempakasari itu memberi kemudahan kepada lebih 8,000 orang pengguna yang berulangalik ke dua-dua kawasan itu terutama para pelajar dan para peniaga kecil.

Monday, September 14, 2009

Semuanya sudah Siap !!


(Sebahagian kuih-kuih yang sudah siap)

Semuanya mengikut jadual kata xyl dan harmoni memberiathu minggu lepas sebaik sahaja mereka habis membuat persiapan menyediakan kuih muih sempena dengan Aidulfitri tahun ini.

Tidak ada kuih yang istimewa hanya kuih biasa-biasa sahaja kecuali untuk rakan-rakan RA yang akan berkonvoi ke base nanti.Konvoi itu diketuai oleh 9W2PHJ.

Keropok ikan bilis adalah jenama yang tidak pernah ketinggalan setiap kali perayaan kerana ianya mudah di makan dan ramai yang berminat.

Sunday, September 6, 2009

Ramai laaa jadi anadartu



DUXBURY Vermont 2 Sept. - Selepas 17 tahun tinggal bersama, Bill Slimback dan Bob Sullivan tidak mahu menunggu walau satu minit untuk berkahwin.

Undang-undang baru Vermont yang membenarkan perkahwinan sejenis baru berusia seminit dan mereka mengikat tali perkahwinan pada tengah malam itu, menjadi pasangan pertama yang berkahwin secara sah di bawah undang-undang yang berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Vermont ialah negeri kelima yang membenarkan pasangan sejenis berkahwin, negeri-negeri lain ialah Massachusetts, Connecticut, New Hampshire dan Iowa. - AP

Saturday, September 5, 2009

Wajah - Wajah Dunia



Mengikuti adat suatu suku kaum di Afrika - anak dara yang dapat melapangkan atau membesarkan lubang bibirnya nilainya terlalu tinggi (hantaran kahwin).

Apa yang difahamkan, mereka yang membesarkan bibir bawah paling besar hantaran kahwin 6 atau 7 ekor lembu begitulah selanjutnya.

Yang saya bimbangkan, setelah mereka berkahwin semasa tidur bersama, harus berjaga - jaga takut pula si suami tertelan bibir isteri atau pun suami isteri yang suka tidur lesak dan lasak, silap-silap bibir yang luas tu terkalung ke leher suami .. bukan lagi jadi huru hara mungkin hara huru..kehkehkehhhhh...bayangkannnn..




hmmm macam - macam wajah ada kat dunia ni ....

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server