Nuffnang Ads

Wednesday, April 13, 2011

Thursday, March 17, 2011

Sepatang bersama rakan RA



Satu perjumpaan di daratan kalangan anggota Persatuan Rakan Radio Amatur Dan Rekreasi Perak (PRAPET) telah diadakan di kedaiaman 9W2 KMR petang ini.

Selain ber QSO mereka juma membicara tentang hal ehwal semasa mengenai perkembangan dan kegiatan geng radio amatur negeri Perak amnya.

Mereka yang menghadiri perjumpaan (dalam gambar dari kanan) 9W2 ULA, 9W2 DJJ, 9W2 PHJ, 9W2 KMR dan 9W2 IPT. mereka juga telah dijamu oleh tuan rumah (9w2KMR).

Sunday, March 13, 2011

Pesta Pengakap Laut Uitm Perak Meriah


Pesta Pengakap Laut itu diadakan selama 3 hari dua malam anjuran Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM) dan turut disertai peserta dari UMT.



Timbalan Rektor. Hal Ehwal Pelajar Uitm Perak Prof. Sr.Haji Mohd. Fisal Ishak sedang berucap pada majlis perasmian penutup Pesta tersebut di Uitm Seri Iskandar, hari ini.


Pesuruhjaya Daerah Kumpulan Latihan Kelana Siswa Pengakap Uitam Perak Cik Siti Nabilah binti Mohd. Shaari sedang menyampai ucapan pada majlis tesebut.


Program tersebut dipenuhi dengan majlis forum, seminar dan pameran peralatan pengakap manakala pertubuhan penyiar radio amatur perak (PARTS) turut diundang untuk membuat demo dan pengenalan radio amatur kepada para peserta.



Prof. Sr.Haji Mohd. Fisal Ishak tidak melepaskan peluang untuk mencuba berkomunikasi /QSO dengan rakan radio dan pada masa itu yang tersedia di udara 9W2 NIM.


Seorang peserta pesta berkenaan Cik Shidah sedang berkomukasi di pengulang 9M4 RPK semasa beliau berkunjung gerai pameran PARTS.


Diantara peralatan dan kelengkapan pengakap yang di pamerkan pada hari tersebut.

Sunday, November 28, 2010

Kaedah Menghafal phonetic



phonetic



Ini satu kaedah untuk menghafal phonetic-Spelling untuk memudahkan diingat pada bila-bila masa.

Diantaranya, anda hendaklah membaca nomber plet kereta setiap kali dan setiap waktu apabila bertemu dengan kenderaan di jalanraya maupun di kawasan-kawasan letak kereta.

Misalnya, semasa anda memandu kenderaan dijalanraya dan ternampak kereta yang nomber plet AAG maka anda terus mengafal atau membaca mengikut phonetic ( ALPHA-ALPHA - GOLF) begitulah seterusnya..

Amalkan perbuatan ini setiap hari, insyaallah dalam tempuh 7 hari anda akan dapat menghafal phonetic dari A (Alpha ) hingga Z (Zulu).

Selamat belajar..

Tuesday, October 12, 2010

Gelagat Kekawan Kenduri 3hb Oktober 2010














Juru Kamera: ABDUL SALAM 9 W2 SDM)

Wednesday, August 4, 2010

Geng Radio Amatur Ng. Perak


9W2 SDM - 9M2 ZAE - 9W2 HKR


9W2 HBC ( kiri sekali)


9W2 VHH

Saturday, May 8, 2010

PRAPET Selamat Disempurnakan



Alhamdulilah Persatuan Rakan Radio Amatur Dan Rekreaksi Perak Tengah telah selamat dibentuk dalam satu mesyuarat agung pertama yang berlangsung di kediaman 9W2 IPT petang semalam.

Sebelum ini sebuah jawatan kuasa penaja telah dibentuk untuk merangka penubuhan PRAPET yang dulunya dikenali dengan nama GRAPET. penukaran nama pendek ini adalah cadangan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Perak.

Sementara itu Sijil Sah penubuhan PRAPET diterima secara rasmi dalam satu majlis anjuran Pejabat Pendaftaran Pertubuhan baru-baru ini.

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server