Tuesday, December 15, 2009
Hukuman Berzina Di Somalia
MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.
Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.
"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.
"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi
Sumber: Akhbar KOSMO
Saturday, December 12, 2009
Selamat Pengantin Baru 9W2 ZLA
kira-kira 50 stesen Radio Amatur Negeri Perak adalah diantara tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan Cikgu Azizan (9W2ZLA) di Taman Parit Jaya disini, hari ini.
Sebahagian daripada mereka datang secara berkonvoi yang diketuai oleh 9M2 SLJ (Presiden Pertubuhan Penyair Radio Amatur Perak (Parts) dan dibantu oleh 9W2NIM, manakala bakinya datang berkeluarga secara sendirian.
Sementara itu 9W2 JOI yang bertindak selaku DJ Radio Corner pada majlis berkenaan menambahkan lagi meriahnya suasana di majlis pengantin tersebut.
Lagak Guru 50an ???

Inilah wajah seorang pendidik atau guru sekolah yang berpakaian termoden baginya tetapi yang pasti guru ini bukan di Malaysia.
Tetapi yang menggelikan hati ... pakaian sebegini bagi golongan tersebut adalah paling canggeh dan termoden di negara berkenaan .... tak kanlah pinggang seluar sampai ke dada pulak...
Ini satu lagi yang memeningkan kepala guru, sebagai contoh guru tadika selalu mengajar anak didiknya menggira ...Guru Tadika : 1 tangan ada berapa jari ?
murid2 : 5 cikgu..
Guru Tadika : kalau dua tangan, ada berapa jari ???
murid2 : 10 cikgu..
Guru Tadika : kalau dicampur 2 tangan dan 2 kaki ada berapa jari semuanya??
murid2 : semua terdiam...
Guru Tadika : jari 2 tangan ada 10 dan jari 2 kaki pun ada 10
murid2 : salah cikgu.
Guru Tadika : kenapa pulak (tercenggang)
murid2 : si polan tu ... kalau campur semua jari tangan dan kakinya lebih cikgu.....
Semua pakat berdiam.. ---> gurauan pagi minggu <---yang pastinya kedua-dua cerita diatas bukan di Malaysia.
Wednesday, December 9, 2009
V22 Untuk Majlis Perkahwinan 9W2ZLA
Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) memberikan laluan kepada rakan-rakan RA Perak menggunakan frekuensi V22 (145.275) untuk menghadiri majlis perkahwinan 9W2 ZLA Ahad ini.Menurut jurucakapnya, frekuensi V22 sebagai alat komunikasi untuk mendapatkan pandu arah ke lokasi majlis berkenaan dari jam 10 pagi hingga 2 petang.
" Dengan lain perkataan, kami tidak menggunakan frekuensi tersebut disepanjangan waktu tersebut" jelas jurucakap GRAPET hari ini.
Menurutnya, pihak rakan-rakan RA yang bertugas sebagai juru pemandu arah pada hari tersebut hendaklah memantau di frekuensi berkenaan.
Tuesday, December 8, 2009
Benar Dunia hampir Qiamat ??
Heboh .. Heboh ... Heboh .. Tapi bukan sure HEBOHDiseluruh dunia Islam gempar .. sekarang ni heboh pasal warga Malaysia bertukar jantina kemudian berkahwin dengan seorang suami yang bukan Islam dan tinggal di luar negara.. udah jadi macam keadaan di negara jiran ..
apa-apa pun bacalah dibawah ini salah satu tulisan dalam blog seluruh dunia itu;
apa-apa pun bacalah dibawah ini salah satu tulisan dalam blog seluruh dunia itu;
Rasanya semua orang dah tau kot kisah si Mohammed Fazdil Min Bahari atau lebih dikenali dengan nama Fatine selepas bertukar jantina dari seorang lelaki kepada seorang perempuan. Kini menetap di UK selepas berkahwin di sana, Fatine dikatakan takut untuk balik Malaysia kerana menerima terlalu banyak kutukan dan kejian atas perbuatannya.
Luahan hati Fatine dalam suratkhabar semalam sangat-sangat menyedihkan. Katanya dia adalah seorang wanita yang dilahirkan di dalam badan yang salah. Itu yang dia buat pembedahan tukar jantina tue. Sekarang nie Fatine amat-amat bahagia di samping suami tercinta.
Tapi jangan ingat dia tak sembahyang, puasa dan sebagainya tau. Dia kata semua benda tue dia buat lagi. Dia tak tukar agama kepada agama suami dia. Tetap maintain agama Islam. Suami dia agama suami dia, Fatine tetap agama Islam.
Apa pendapat anda dalam hal ini??
Saturday, December 5, 2009
Rawatan Refleksi

Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia ’selamat dan mudah’, sebab tak perlu makan sebarang ubat, boleh dilakukan tak kira orang tua, muda mahupun bayi, cuma rasa sakit sikit la semasa diurut. Tapi sebenarnya rasa sakit itu tandanya ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda
Maksud Titik Refleksi
Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.
Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar
Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.
Tanda-tanda sakit semasa diurut.
Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.
Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.
Info yang perlu diketahui
-Sebenarnya apa yang saya kongsikan tadi hanya asas sahaja, bagi yang lebih ‘advance’, urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali dan sekitar betis. Tapi saya bukan pakar dalam bidang ni untuk menceritakan tahap ‘advance’ tersebut.
-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini. Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung, paru-paru dan juga sakit hati…oopps tidak…sakit hati tak boleh diubati dengan kaedah ini.
-Penyakit yang tak boleh disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.
-Digalakkan minum banyak air masak selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.
Lagi rangka manusia besar ditemui

Lagi rangka besar manusia ditemui semasa kerja-kerja membangunkan kawasan dijumpai oleh pekerja binaan.
Malangnya tidak dicatatkan di negara mana serta usia rangka berkenaan.
Bagaimana pun boleh ditafsirkan manusia besar itu hidup lebih lama hingga boleh mencapai kepada usianya 200 ke 500 tahun.
Jadi jika dikira jenis makanannya sudah pasti bukan daripada beras atau pulut dan boleh diramalkan binatang-bintang besar seperti kerbau, lembu dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





