Nuffnang Ads

Saturday, April 25, 2009

FREKUENSI V 22 PALING POPULER

(Gambar hiasan aktiviti V22 Jungle Tracking )

Menurut kajian dan penyelidikan dari rakan-rakan RA Perak menyatakan Frekuensi V 22 merupakan simpek tempatan yang paling populer dan menjadi tumpuan serta perhatian di kalangan ramai pengemar RA.

Kajian itu menyebut V22 berjaya menambat hati rakan-rakan RA kerana isu-isu yang di ketengahkan pelbagai cara dan penuh dengan maklumat yang tersendiri.

" Semakin hari bertambah ramai rakan-rakan yang memantau termasuk di lokasi Taiping, Manjung, Kinta, Batu Gajah manakala kawasan yang dapat mencapai v22 Telok Kumbar di Pulau Pinang dan Sg. Petani Kedah." jelasnya.

V22 lebih aktif menjelang tengah malam sekitar jam 11 kerana ramai rakan-rakan sebuk dengan tugasan.

Selain dari itu V22 juga pernah mencipta rekod paling lama berQSO di jaluran dari jam 10 malam hingga 5.25 pagi (antara 9w2PHJ bersama 9W2DJJ).

Di fahamkan juga ramai rakan-rakan luar dari kawasan menyertai v22 di waktu tengah malam terutama yang memerlukan bantuan pandu arah.

(V22 juga yang menganjurkan Ops Tengas projek dwi bulanan)

Sementara itu, turut bersama di v22 termasuklah Pak Salamon - 9W2MON (presiden PERAMAH) dari Raub, Pahang - Pak Ya (9W2YCM) dari Seremban dan Pak Bakri di Sg Petani, Kedah.

Pihak V22 merakamkan selebar-lebar terima kasih kepada rakan-rakan RA yang sudi menyertai v22 dan berharap hubungan erat dan rapat yang tersedia terjalin itu dapat diteruskan.

No comments:

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server