Friday, September 18, 2009
Jambatan Cempkasari Dibuka
Jambatan Cempakasari yang menghubungi tanah besar Parit ke Kg Belanja Kiri sudah dibuka kepada orang ramai sempena perayaan Aidilfitri ini.
Jambatan tersebut mula dibuka sejak 2 hari lepas tidak putus-putus dengan pengunjung dan pengguna yang menyeberang sama ada ke Parit atau ke Kg Belanja Kiri, Changkat Banjar, Kg Tua, Kg Sadang atau ke Kg Sungai Korok diseberang sungai Perak.
Kemudahan tersebut hanya boleh digunakan untuk pejalan kaki, berbasikal atau bermotosikal sahaja di atas jambatan itu - jika berjalan kaki dari Parit ke Belanja Kiri mengambil masa kira-kira 5 minit.
Jambatan Cempakasari itu memberi kemudahan kepada lebih 8,000 orang pengguna yang berulangalik ke dua-dua kawasan itu terutama para pelajar dan para peniaga kecil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
senang byk.................heheh
Post a Comment