Monday, October 5, 2009
Ngah Sagor pembuka Parit
DUA orang perantau dari Teluk Intan Perak Ngah Sagor dan Alang Ghafar telah berhijrah ke Parit melalui sungai Perak kira-kira awal abad ke 20.Mereka dikatakan berhijrah ke Parit setelah kalah bertaruh wang dalam satu permainan tradisional tempatan yang diberi nama " Semperit ".
Tidak diketahui bentuk dan cara permainan itu dilakukan begitu juga hubungan dua insan ini sama ada rakan sekampung atau ada tali persaudaraan.
Saya diberitahu oleh seorang warga tua bernama " Hajah Bibah" di kampung Selboh, Parit kira-kira 15 tahun yang lalu - semua catatan sejarah berkenaan masih ada tersimpan dalam kaset rakaman saya dan beliau sudah meninggal dunia kira-kira 3 tahun kemudian (semasa saya membuat kajian sejarah tersebut beliau berusia sekitar 60an).
Dua perantau berkenaan mengambil keputusan meninggalkan Teluk Intan dan mudik ke utara hingga sampai ke tebing sungai Perak berhampiran Sekolah Chong Hua Parit (tidak jauh dari balai polis Parit sekarang).
Keadaan pekan Parit diwaktu itu hutan belantara dan mereka bertanya satu sama lain nama tempat itu, kata Ngah Sagor oleh kerana mereka mendarat disekitar kawasan parit/alur sungai berhampir di situ, maka Ngah Sagor menamakannya " Parit" sempena nama alur tersebut yang sekarang terletak berhampir pasar Parit.
Kemudian Ngah Ghafar meninggalkan Parit terus merantau ke suatu tempat yang sekarang dikenali sebagai "Batu Gajah".
Ngah Ghafar menamakan tempat persinggahan pertama di Batu Gajah - menamakan " Kampung Sungai Terap" dan nama itu digunakan sampai ke waktu ini.
Menurut Hajah Bibah, pada asalnya pusara Ngah Sagor terletak berhampiran tebing sungai Perak, oleh kerana berlaku hakisan tanah ditebing itu, maka pusaranya di pindahkan yang sekarang terletak berhampir balai bomba Parit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment