Pengarah Operasi SKMM Wilayah Utara Encik Ismail Othman berucap merasmi Seminar.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) telah menganjurkan Seminar Sehari " Radio Amatur" di Hotel Seri Malaysia, Ipoh hari ini.
Seminar yang julong kali pernah diadakan itu telah menarik minat hampir 200 penggemar radio amatur (RA) negeri Perak.
Foto di atas para pembentang kertaskerja seminar sedang menyampaikan ceramah
Lima kertaskerja yang dibentang sepanjang seminar sehari itu iaitu; Syarat-syarat dan sukatan Peperiksaan Radio Amatur Oleh Pengarah bahagian Teknologi dan Standard SKMM, Cyberjaya Encik Ahmad Razif Ramli.
Para peserta yang menghadiri Seminar Sehari Radio Amatur di Hotel Malaysia hari ini.
Sementara empat lagi kertaskerja tersebut ialah; Isu-isu berkaitan standard dan kelulusan teknikal peralatan radio amatur oleh Head Communication & Multimedia( section SIRIM) QAS International Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor Puan Fauziah Fadzil - manakala kertaskerja berjudul " Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Penguatkuasaan Undang-undang dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Encik Enkatesulu a/l Juval (Penolong Pengarah Jabatan Pemantauan Dan Penguatkuasaan SKMM, Cyberjaya.
Bagi kertaskerja Penguntukan Radas Radio Amatur oleh Penolong Pengarah SKMM Wilayah Utara Encik Zainol Hamid dan Pengimportan Peralatan Radio Amatur pula oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam dan Eksais Diraja Negeri Perak Encik Terumuggam a/l Sarathee.
No comments:
Post a Comment