Nuffnang Ads

Tuesday, January 27, 2009

Majlis Naik Buai Cucu Ku


Saya dan keluarga mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kami kepada rakan-rakan RA Perak terutama Presiden Parts 9W2SLJ (Pak Lop) yang sudi dan berkesempatan untuk menghadiri majlis kenduri di base saya pada hari isnin lepas.



Kepada rakan-rakan yang tidak dapat menghadiri QSL dengan tugasan masing-masing dan saya mohon berbanyak maaf kepada rakan-rakan yang " mis sms " tempuh hari. insyaallah dilain waktu kita bersama-sama dimajlis saya yang lain.

Rakan-rakan yang berkesempatan menghadiri masjlis tersebut ialah; (9W2 SLJ) (9W2DGG) (9W2 PGN) (9W2 ZAE) (9W2 SUF) (9W2 SDM) dan (9W2 DRH).

Candit Kamera Gelagat Rakan-rakan







Klik gambar berkenaan utk melihat size besar

Saturday, January 24, 2009

Ikan Tapah


( inilah rupa ikan tapah di sungai Perak)

Ikan " Tapah " adalah sejenis ikan sungai daripada spesis Ikan Keli-baong yang hidup di sungai Perak.

Paling berat ikan ini ditemui kira-kira 5 kilo dan rasanya samalah juga dengan ikan keli atau baong.

Malangnya ada segelintir penduduk di Parit (khususnya di sekitar Kampung Lambor) tidak boleh menyentuh apa lagi untuk dimakan (dipercayai ada kaitan dengan cerita rakyat " Pak Kadok " mereka akan mendapat atau diserang sejenis penyakit yang dinamakan "Semali " bengkak-bengkak kecil seperti melecur di sekitar badan.

Untuk menyembuhnya, mereka yang terkena penyakit tersebut terpakas bersegera menemui keluarga Pak Kadok yang mempunya penawar menyembuhkannya.

Masakan Ikan Tapah ini yang paling sedap dan istimewa ialah masakan " Gulai Tempoyak" atau dibakar juga digoreng.

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server