Nuffnang Ads

Saturday, May 16, 2009

VIDEO PERKELAHAN KELUARGA V22

BAHAGIAN PERTAMA:



BAHAGIAN KE 2 (Akhir):

Sunday, May 3, 2009

Perkelahan menemukan 2 penjuru


(Keluarga V22 sedang sebuk menyediakan makanan pada hari itu)

Gabungan Rakan Radio Amatur&Reakreasi Perak Tengah (GRAPET) telah berjaya menemukan dua pihak pada majlis perkelahan keluarga V22 di Taman Lipur, Ulu Kenas, Kuala Kangsar pada 2hb Mei 2009 lalu.
(9W2 DKK sedang membakar ikan dan ayam untuk majlis itu)

Program perkelahan itu adalah julongkalinya diadakan untuk menemukan rakan-rakan RA serta keluarga masing-masing dengan temanya " Semakin dekat - Semakin erat".

Perkelahan itu telah menemuikan rakan-rakan RA yang tidak pernah bersua muka kecuali semasa ber QSO di udara sahaja.

(Dj Puteri Aida sedang menyediakan masakan mee hailam)

Sementara XYL dan harmoni mereka juga berkesempatan beramah mesra serta berkenalan dengan keluarga RA masing-masing disamping membawa bermacam-macam juadah dan makanan untuk dinikmati bersama.

Sebanyak 7 stesen berserta keluarga berkesempatan menghadiri perkelahan tersebut iaitu; 9W2 PHJ, 9W2IPT, 9W2DJJ, 9W2 KMR, 9W2 LES, 9W2 DKK dan 9W2 ULA.
(Salah seorang peserta pertandingan dat katogeri wanita)

Manakala RADIOKITA (stesen Radio Internet) menurunkan 3 Djnya untuk bersama-sama pada majlis itu ialah; DJ Puteri Aida, Dj Olin dan DJ Langkawi.

7 acara permainan telah disusun yang melibatkan rakan-rakan RA, XYL dan juga harmoni menambahkan lagi kemeriahan serta kenangan indah yang tidak dapat dilupakan menjadikannya terpahat di hati masing-masing.

Diantara acara permainan yang berlangsung itu, Pertandingan Dat, Mencari harta karun, lelong barangan, pertandingan menyelam lama dan cabutan bertuah manakala hadiah-hadiah telah disampaikan oleh stesen-stesen yang hadir serta XYL masing-masing kepada peserta yang berjaya dalam permainan tersebut.
( 9W2 DKK menunjukan ikan tengas yang sempat ditangkap pada pagi itu)

Para perserta perkelahan tersebut juga dapat menikmati dan merasai keenakan ikan tengas yang baru ditangkap oleh sekumpuluan 3 stesen 9W2 PHJ, 9W2 DJJ dan 9W2DKK di sekitar lata yang berhampir (Ikan tengas sudah senonim dengan GRAPET ) di lata yang berhampiran.

(Dj Olin sebuk mengelolakan permainan untuk kanak-kanak pada perkelahan itu)

Walaupun hujan telah turun pada tengah hari tersebut tidak menghalang kerancakan perkelahan itu yang berakhir pada jam 3 petang.
( 9W2 LES menyampaikan hadiah kemenanganh kepada 9W2DJJ)

(Menjamu selera)



(Sebahagian daripada peserta yang sempat bergambar diakhir majlis tersebut)

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server