Nuffnang Ads

Friday, February 26, 2010

Kenyataan Yang Mengelirukan Pengguna ???


Kenyataan memberitahu harga Ikan diatas RM1.40 100 gram dalam kedaaan bernyawa -- tetapi ikan-ikan itu dah mati dah tak bernyawa lagi --> alaaa sungguh-sungguh mengelirukan...

Kenyataan bahasa yang kacau bilau dan mengelirukan semua pihak yang nak menggunakan kemudahan ditempat tersebut.

Kenyataan ini hanya untuk mereka yang sedang melepaskan toksik sahaja.

Sunday, February 21, 2010

Dato' Mukhriz Tun Mahathir di Seri Iskandar

(Dato Mukhriz sedang menyarung jersey kepada pemenang)


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Mukhriz Tun Mahathir telah menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Berbasikal mendaki Bukit di Seri Iskandar, dekat Bota hari ini.

Program tersebut adalah diantara dua acara perasmian yang berlangsung di Parit hari ini.

Dalam program ini seramai 800 peserta dalam dan luar negara turut mengambil bahagian dengan jarak 50 kilometer melalui 5 pusat pemeriksaan yang merintasi persekitaran Seri Iskandar.

(Barisan vvip yang menghadiri majlis penutup tersebut)

Sementara itu, satu lagi program perasmian bangunan Perpustakaan Desa (PD) Tanjung Belanja dekat Parit telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Belanja Dato' Haji Mohd Zaim bin Haji Abu Hassan dalam suasana meriah.

Dua artis tempatan Ali Mamak (Pelawak) dan seorang pelakon drama tv Lan (berasal dari Parit) telah menghiburkan para pengunjung dengan telatah yang mencuit hati.



(Dato' Zaim sedang memotong pita perasmian bangunan PD)


Pembinaan Perpustakaan Desa ini adalah dibawah projek peruntukan khas 2007 dan mula beroperasi sejak Januari 2010.


(Dato' Zaim sedang memberi kenyataan di sidang media )

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Dato' Raslin bin Abu Bakar adalah diantara tetamu yang menghadiri majlis berkenaan.

Friday, February 19, 2010

Menelah usia dari cara berseluar



ADA yang suka pakai di atas pusat, ada pula yang memakainya di bawah pusat. Walau apa pun, cara seorang lelaki memakai seluarnya sedikit sebanyak mendedahkan peringkat usianya, menurut satu kajian.

Kajian yang dilakukan oleh sebuah kedai, Debenhams di United Kingdom (UK) ke atas 1,000 lelaki menunjukkan bahawa ikatan pinggang seorang lelaki naik dan turun sepanjang kehidupannya.

Seluar biasanya dipakai dekat paras punggung semasa usia 16 tahun, tetapi naik sehingga hampir ke paras atas pusat semasa usia mencecah 57 tahun, menurut kajian itu. Kajian itu juga menunjukkan bahawa budak-budak lelaki biasanya akan memakai seluar mereka di paras pinggang semasa masih di bawah jagaan dan dibantu ibu bapa semasa berpakaian.

Tetapi mereka biasanya tidak akan memakai seluar mengikut cara sedemikian semasa remaja - sehinggalah usia mencecah lewat 20-an tahun. Dalam usia sebegini, seluar mereka dipakai sekitar 12 sentimeter sehingga mencecah pinggul. Malah seluar dipakai lagi rendah semasa mereka berusia 16 tahun, seolah-olah mirip seorang penyanyi rapper, sehingga mendedahkan seluar dalam mereka sebanyak beberapa sentimeter.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa seluar mula dipakai lebih tinggi sedikit apabila seorang lelaki itu meninggalkan zaman remaja dan mula bekerja. Apabila usia mencecah 27 tahun, seorang budak lelaki yang bertubuh sederhana akan mula memakai seluar di paras pinggangnya. Tetapi apabila usia mula masuk 39 tahun, seluar mula dipakai lebih tinggi dan apabila mencecah usia 45 tahun seluar itu akan dipakai sehingga lima sentimeter di atas paras pinggang.

Menurut kajian itu lagi, seluar mula dipakai lebih tinggi sehingga 12 sentimeter di atas paras pinggang apabila usia mereka lebih 50 tahun. Apabila kaum lelaki mula masuk usia persaraan, paras seluar yang dipakai mereka mula menurun. Apabila mencecah 65 tahun, ia dianggarkan sekitar 7.5 sentimeter di atas paras pinggang. Dan apabila mencecah usia 75 tahun ia hanya 2.5 sentimeter di atas paras pinggang.

Pengarah pakaian lelaki di Debenhams, Encik Paul Baldwin, dipetik laman-laman UK sebagai berkata:

'Dapatan kami amat penting kerana kedudukan pinggang menentukan bagaimana seluar mereka dijahit. Tugas yang menyulitkan ialah untuk terus menggalak kaum Adam agar menghadapi kebenaran bahawa seluar yang dipakai mula tinggi dari paras pinggang apabila usia meningkat. Sebaliknya ada yang menganggap bahawa seluar mereka tidak lagi muat dipakai kerana kaki mereka telah membesar secara tiba-tiba.'

Sementara itu, seorang kakitangan di London College of Fashion, Encik Shaun Cole, berkata bentuk tubuh seorang lelaki menentukan keadaan pinggangnya.

'Dengan kadar kegemukan yang bertambah, kaum Adam yang mempunyai berat badan berlebihan mungkin tidak sedar sekiranya mereka patut pakai seluar di atas atau bawah perut,' katanya lagi.

Kebingungan ini juga merupakan sebahagian daripada hasil dapatan kajian tersebut.

Kajian itu menunjukkan bahawa meskipun kebanyakan lelaki lebih suka memakai seluar di atas pinggang mereka, tetapi sekitar 20 peratus lelaki yang lebih tua akan tidak menghiraukan perubahan pada bentuk tubuh mereka dan memakai seluar di paras lebih rendah daripada pinggang mereka yang sebenar.

APA KATA LELAKI MELAYU

Rata-rata seramai 20 lelaki yang ditemuramah bersetuju dengan dapatan kajian itu. Meskipun begitu seramai enam responden yang berusia 45 tahun berkata mereka tidak sedar bahawa paras pinggang mereka telah meningkat.

Salah seorang daripada mereka Encik Abdul Rahman Anuar, 46 tahun berkata: 'Saya ingat semasa remaja saya pakai seluar di paras pinggang. Tapi kini selepas perut mula membesar, saya tidak begitu sedar di paras mana sebenarnya saya pakai seluar.'

Seorang lagi responden, Encik Mohamed Sallim Talib, 29 tahun, akur beliau sering memakai seluarnya di bawah paras pinggang semasa zaman remajanya.

'Pada ketika itu memang satu fesyen bagi remaja lelaki pakai seluar di paras bawah pinggang, sehingga menunjukkan sedikit seluar dalam.

'Tapi semua mula berubah apabila saya mula masuk alam pekerjaan dan berumah tangga. Kini saya pakai seluar pada paras pinggang yang sebenar. Perubahan ini secara semula jadi,' kata pengurus sebuah bank itu lagi sambil menunjukkan paras pinggangnya.

Seorang remaja, Shahril Karim, 17 tahun, pula berkata: 'Selagi muda saya tidak boleh berpakaian seperti orang tua. Mestilah ikut gaya orang muda - seluar bawah pusat. Kalau atas pusat macam tak style begitu.'

Saturday, February 13, 2010

Bangunan tahun 1928 masih gagah


Sesiapa yang melancung ke pekan Parit sudah pasti berjumpa atau ternampak sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1928.

Bangunan tersebut terletak betul-betul di selekoh menuju ke jalan masjid dan gunakan sebagai kedai kopi oleh bukan Melayu.

Bangunan ini dianggap bersejarah dan banyak melalui zaman gemilangnya masa pendudukan Jepun, Komunis dan Inggeris. Cuma bahagian atap dan tingkapnya sahaja yang telah diubahsuai kerana telah reput atau rosak.

Tuesday, February 9, 2010

Yang Tertawa ok yang sedih jgn putus asa !!





Ucapan tahniah kepada rakan-rakan RA negeri Perak yang berolehi kejayaan dalam RAE 2009/2 dengan itu bertambah meriah lagi dunia Radio Amatur(RA) negeri ini.

Diharap anda akan terus memberikan bantuan dan bimbingan kepada rakan-rakan lain yang masih merangkak atau baru mengenali dunia radio amatur.

Anda juga dinasihat dengan kejayaan itu anda mempunyai kewajiban menggunakan penggulang atau disimplek dengan cara berhemah serta mempastikan mengikut peraturan yang terkandung dalam SOP.

Bagi yang gagal dalam rae tersebut jangan berputus asa masa masih ada dan waktu menanti anda untuk menggulangi sekali lagi.


Untuk menyemak keputusan RAE 2009/2 klik di sini.

Friday, February 5, 2010

Parit Masakini

Saya paparkan dua keping foto pemandangan pekan Parit masakini, sudah banyak berubah dan kini Parit berwajah baru. .. selamat datang ke Parit.

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server