Nuffnang Ads

Monday, October 26, 2009

hukuman bagi membunuh dan perkosa kanak-kanak 8 tahun

TEMBAK DIKHALAYAK RAMAI SAMPAI MATI




Ini perkara yang berlaku di Yemen ... kalau Malaysia buat macam ni kompom takda yang berani mendera kanak2 lagi dan takkan berlaku kes seperti sharlini dan yang lain-lain tu.

Kat Yemen mereka buat di pasar awam rakyat semua tengok untuk pengajaran ...



Rujukan:
http://ar-rahmanw.blogspot.com/

Wednesday, October 21, 2009

Sejadah Berdiri



Diberitakan melalui Berita Perdana TV3 malam tadi berlaku lagi kejadian Sejadah Berdiri di sebuah kawasan..

Kejadian yang mengemparkan itu mula berlaku di Pasir Mas, Kelantan dan dikiuti pula di Permatang Pauh, Kedah seperti gambar yang dipaparkan ini.



BUKIT MERTAJAM - Jika pada pertengahan bulan lalu, penduduk di Kampung Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas digemparkan dengan kejadian sejadah 'berdiri' yang menyerupai orang sedang bersembahyang, kejadian yang sama berlaku di Permatang Pauh di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian di Taman Haji Mohd. Amin itu, sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik tiba-tiba 'berdiri' menyerupai orang sedang bersembahyang dalam keadaan duduk antara dua sujud.

Menurut Mohamad Shuhaimi Md. Ilias, 26, sebelum kejadian itu, dia bersama isterinya, Zainab Ramli, 26, yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di taman itu telah berbincang sesama sendiri untuk mendapatkan kepastian arah kiblat dengan menjadikan arah kiblat sebuah masjid berhampiran rumah sebagai panduan.

"Sebaik tiba di rumah kira-kira pukul 8.10 malam (kelmarin), isteri saya telah membentangkan sehelai sejadah yang sering kami gunakan untuk menunjukkan kepada saya arah kiblat.

"Tidak lama kemudian, kami pun membiarkan sejadah berkenaan terbentang dan saya terus ke ruang tamu untuk memandikan anak kami manakala isteri saya menggosok pakaian di dalam bilik dengan membelakangkan sejadah tersebut," katanya yang telah menyewa rumah berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, kira-kira pukul 9.45 malam ketika isterinya ingin menggantung pakaian yang sudah digosok, tiba-tiba dia terlihat sejadah tersebut sudah 'berdiri' tegak melebihi 0.3 meter dan membentuk seperti seorang wanita yang sedang bersembahyang menghadap arah kiblat.


Rujukan:
http://jie-mutiarahati.blogspot.com/2009/10/terkejut-lihat-sejadah-berdiri.html

Wednesday, October 14, 2009

100 hadir jamuan raya PID


Kira-kira 100 orang tetamu telah menghadiri majlis Jamuan Hari Raya anjuran Pusat Internet Desa (PID) Parit hari ini.

Majlis tersebut di sertai juga pelbagai kaum di sekitar pekan Parit sejajar dengan konsep 1 Malaysia.

Beranika jenis kuih muih serta makanan berat disediakan pada majlis tersebut yang dimulakan pada jam 11 pagi.

( Pengurus PID Parit Cik Zarina Haji Abd Rahman (kiri) bersama tetamu pada majlis tersebut)

Friday, October 9, 2009

Mangsa kebakaran di Kelab Malam ...



Ini adalah gambar-gambar mangsa kebakaran di sebuah kelab malam di negara jiran yang tidak sempat lari keluar daripada dewan tersebut.

Moga ini menjadi iktibar buat kita semua terutama mereka yang berminat ke tempat berkenaan...

Monday, October 5, 2009

Ngah Sagor pembuka Parit

(Inilah pusara Ngah Sagor yang membuka Parit)


DUA orang perantau dari Teluk Intan Perak Ngah Sagor dan Alang Ghafar telah berhijrah ke Parit melalui sungai Perak kira-kira awal abad ke 20.Mereka dikatakan berhijrah ke Parit setelah kalah bertaruh wang dalam satu permainan tradisional tempatan yang diberi nama " Semperit ".

Tidak diketahui bentuk dan cara permainan itu dilakukan begitu juga hubungan dua insan ini sama ada rakan sekampung atau ada tali persaudaraan.

Saya diberitahu oleh seorang warga tua bernama " Hajah Bibah" di kampung Selboh, Parit kira-kira 15 tahun yang lalu - semua catatan sejarah berkenaan masih ada tersimpan dalam kaset rakaman saya dan beliau sudah meninggal dunia kira-kira 3 tahun kemudian (semasa saya membuat kajian sejarah tersebut beliau berusia sekitar 60an).

Dua perantau berkenaan mengambil keputusan meninggalkan Teluk Intan dan mudik ke utara hingga sampai ke tebing sungai Perak berhampiran Sekolah Chong Hua Parit (tidak jauh dari balai polis Parit sekarang).

Keadaan pekan Parit diwaktu itu hutan belantara dan mereka bertanya satu sama lain nama tempat itu, kata Ngah Sagor oleh kerana mereka mendarat disekitar kawasan parit/alur sungai berhampir di situ, maka Ngah Sagor menamakannya " Parit" sempena nama alur tersebut yang sekarang terletak berhampir pasar Parit.

Kemudian Ngah Ghafar meninggalkan Parit terus merantau ke suatu tempat yang sekarang dikenali sebagai "Batu Gajah".

Ngah Ghafar menamakan tempat persinggahan pertama di Batu Gajah - menamakan " Kampung Sungai Terap" dan nama itu digunakan sampai ke waktu ini.

Menurut Hajah Bibah, pada asalnya pusara Ngah Sagor terletak berhampiran tebing sungai Perak, oleh kerana berlaku hakisan tanah ditebing itu, maka pusaranya di pindahkan yang sekarang terletak berhampir balai bomba Parit.

Sunday, October 4, 2009

Jangan Tenguk kalau anda takut troma ??



JANGAN LIHAT VIDEO KLIP INI SEKIRANYA ANDA LEMAH SEMANGAT ATAU DARAH TINGGI MAUPUN LEMAH JANTUNG..

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server