Nuffnang Ads

Sunday, September 6, 2009

Ramai laaa jadi anadartu



DUXBURY Vermont 2 Sept. - Selepas 17 tahun tinggal bersama, Bill Slimback dan Bob Sullivan tidak mahu menunggu walau satu minit untuk berkahwin.

Undang-undang baru Vermont yang membenarkan perkahwinan sejenis baru berusia seminit dan mereka mengikat tali perkahwinan pada tengah malam itu, menjadi pasangan pertama yang berkahwin secara sah di bawah undang-undang yang berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Vermont ialah negeri kelima yang membenarkan pasangan sejenis berkahwin, negeri-negeri lain ialah Massachusetts, Connecticut, New Hampshire dan Iowa. - AP

Saturday, September 5, 2009

Wajah - Wajah Dunia



Mengikuti adat suatu suku kaum di Afrika - anak dara yang dapat melapangkan atau membesarkan lubang bibirnya nilainya terlalu tinggi (hantaran kahwin).

Apa yang difahamkan, mereka yang membesarkan bibir bawah paling besar hantaran kahwin 6 atau 7 ekor lembu begitulah selanjutnya.

Yang saya bimbangkan, setelah mereka berkahwin semasa tidur bersama, harus berjaga - jaga takut pula si suami tertelan bibir isteri atau pun suami isteri yang suka tidur lesak dan lasak, silap-silap bibir yang luas tu terkalung ke leher suami .. bukan lagi jadi huru hara mungkin hara huru..kehkehkehhhhh...bayangkannnn..




hmmm macam - macam wajah ada kat dunia ni ....

Sunday, August 30, 2009

Gedung Tertinggi di dunia ada di Kuwait

Negara Timur Tengah sepertinya sedang berlumba-lumba untuk menjadi negara yang tercanggih di dunia.

Sebelumnya di Dubai dibangun gedung tertinggi di dunia dengan nama Burj Dubai (sekitar 800 meter), Kuwait akan "menyalip" rekod Burj Dubai dengan gedungnya yang diberi nama Burj Mubarak Al-Kabir.


Acabion GTBO: Kenderaan paling laju di dunia


Acabion GTBO, kenderaan yang berbentuk seperti pesawat jet kecil ini adalah kenderaan terlaju dan terpantas di dunia waktu ini.

Acabion GTBO dapat mencapai kelajuan 482 km per jam dan kelajuan maksimum yang biasa "dipacuan" adalah 548 km per jam.

Sunday, August 23, 2009

10 stesen sertai Sahur Net V22



Hanya 10 stesen sahaja yang berkesempatan menyertai Sahur Net anjuran Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreaksi Perak Tengah (GRAPET) 21 Ogos lalu.

Sahur net adalah aktiviti pertama Check Net di V22 dan sebagai langkah percubaan dan di kendalikan oleh dua pengawal rangkaian, 9W2 PHJ (1) dan 9W2 IPT (2) yang bermula dari jam 12 malam hingga jam 4 pagi besoknya.

Mereka yang mengambil bahagian dalam net julong kalinya di V22 adalah;
9W2 YIN - 9W2 RKM - 9W2 NIM - 9W2 YZB - 9W2 VZO (sms) - 9W2 ULA - 9W2 YIM - 9W2 CKM (sms) - 9W2 DFA dan 9W2 MPB.

Disamping Net tersebut disempurnakan juga info agama dan tazkirah Ramadhan yang di laksanakan oleh 9W2 PHJ.

GRAPET mengucapkan sekalong tahniah serta terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian sepanjang net berkenaan.

Saturday, August 22, 2009

Thursday, August 20, 2009

Check Net Sahur di V22 malam ini



V22 malam ini (21hb Ogos) akan mengelolakan Check Net Sahur mulai jam 12 malam hingga jam 04.00 pagi besok.

Check Net itu dikendalikan oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) kendalian 2 stesen 9W2 PHJ dan 9W2 IPT.

Menurut kenyataan GRAPET, Check Net Sahur itu berlainan caranya jika dibandingkan dengan check net yang di kendalikan oleh rakan-rakan RA sebelum ini.

Check Net Sahur itu di waktu yang sama (bermula 12 malam) rakan-rakan tetap V22 akan berQSO sementara menantikan mana-mana stesen yang ingin menyertai check in pada bila-bila masa.

" kami mengajak serta mengalu-alukan rakan-rakan RA seluruh daerah di Perak mengambil bahagian pada Check Net sulong di V22 ini " jelas kenyataan itu.

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server