Nuffnang Ads

Tuesday, October 12, 2010

Gelagat Kekawan Kenduri 3hb Oktober 2010














Juru Kamera: ABDUL SALAM 9 W2 SDM)

Wednesday, August 4, 2010

Geng Radio Amatur Ng. Perak


9W2 SDM - 9M2 ZAE - 9W2 HKR


9W2 HBC ( kiri sekali)


9W2 VHH

Saturday, May 8, 2010

PRAPET Selamat Disempurnakan



Alhamdulilah Persatuan Rakan Radio Amatur Dan Rekreaksi Perak Tengah telah selamat dibentuk dalam satu mesyuarat agung pertama yang berlangsung di kediaman 9W2 IPT petang semalam.

Sebelum ini sebuah jawatan kuasa penaja telah dibentuk untuk merangka penubuhan PRAPET yang dulunya dikenali dengan nama GRAPET. penukaran nama pendek ini adalah cadangan dari pihak Pendaftaran Pertubuhan Perak.

Sementara itu Sijil Sah penubuhan PRAPET diterima secara rasmi dalam satu majlis anjuran Pejabat Pendaftaran Pertubuhan baru-baru ini.

Friday, April 9, 2010

Dimana Silapnya Hingga Terjadi Begini ??



Kesalahan ejaan maupun nahu bahasa sering berlaku, kekadang disebabkan terlalai selain dari memang kesalahan yang tidak mahu diakui oleh tuan punya papan tanda.
Dimana silapnya?








Sunday, March 28, 2010

Seminar Radio Amatur SKMM Mendapat Sambutan Di Perak



Pengarah Operasi SKMM Wilayah Utara Encik Ismail Othman berucap merasmi Seminar.



Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) telah menganjurkan Seminar Sehari " Radio Amatur" di Hotel Seri Malaysia, Ipoh hari ini.

Seminar yang julong kali pernah diadakan itu telah menarik minat hampir 200 penggemar radio amatur (RA) negeri Perak.







Foto di atas para pembentang kertaskerja seminar sedang menyampaikan ceramah


Lima kertaskerja yang dibentang sepanjang seminar sehari itu iaitu; Syarat-syarat dan sukatan Peperiksaan Radio Amatur Oleh Pengarah bahagian Teknologi dan Standard SKMM, Cyberjaya Encik Ahmad Razif Ramli.




Para peserta yang menghadiri Seminar Sehari Radio Amatur di Hotel Malaysia hari ini.


Sementara empat lagi kertaskerja tersebut ialah; Isu-isu berkaitan standard dan kelulusan teknikal peralatan radio amatur oleh Head Communication & Multimedia( section SIRIM) QAS International Sdn Bhd. Shah Alam, Selangor Puan Fauziah Fadzil - manakala kertaskerja berjudul " Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Penguatkuasaan Undang-undang dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Encik Enkatesulu a/l Juval (Penolong Pengarah Jabatan Pemantauan Dan Penguatkuasaan SKMM, Cyberjaya.

Bagi kertaskerja Penguntukan Radas Radio Amatur oleh Penolong Pengarah SKMM Wilayah Utara Encik Zainol Hamid dan Pengimportan Peralatan Radio Amatur pula oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam dan Eksais Diraja Negeri Perak Encik Terumuggam a/l Sarathee.

(Ahli Jawatankuasa Seminar bergambar bersama tetamu majlis tersebut)

Friday, March 26, 2010

Buatan Sendiri Lebih Selesa ?

Sudah pasti hasil kerjatangan sendiri lebih memuaskan dan tanpa mengeluarkan wang -- cukup menjimatkan - foto diatas penutup hidung dan mulut sementara foto bawah kasut selipar dibuat daripada botol plastik - sekiranya seluruh warga Malaysia buat seperti itu sudah pasti ada kilang yang tutup ??

Thursday, March 11, 2010

20 stesen hadir eyeball Silatulrahimi

Sebahagian hadirin sedang berbincang dengan Pengerusi Parts 9M2 SLJ pada majlis tersebut.



Kira-kira 20 stesen Radio Amatur (RA) Perak hadir pada majlis eyeball Silatulrahimi dengan rakan RA V22 Parit.

Eyeball Silatulrahimi tersebut anjuran Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (Parts) yang diketuai oleh Pengerusinya 9M2 SLJ.

Majlis tersebut berlangsung di kediaman 9W2 IPT Parit disertai rakan RA dari Kuala Kangsar, Manong, Batu Gajah selain dari Parit dan Ipoh.

Program ini bermula akhir bulan lepas dalam usaha Parts untuk berdampingi rakan RA di daerah serta mempelawa mereka menghadiri Seminar RA yang dianjur oleh SKMM dengan kerjasama Parts pada 28hb Mac ini.
yang berlangsung

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server