Nuffnang Ads

Monday, August 3, 2009

Operasi Mencari Gadis Hilang di V22

(SITI AISHAH BINTI HASSIM)

Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET) telah membuat lapor langsung berkaitan kehilangan seorang peserta kembara anjuran Biro Tata Negara di Kem Rekreasi Guar, dekat Manong, Perak di frekuensi V22 pagi ini.


(Diantara rakan Radio Amatur di lokasi kejadian)

Lapor langsung itu di sempurnakan oleh 9W2 PHJ bersama 9W2 IPT bermula kira-kira jam 11 pagi manakala Pertubuhan Penyiaran Radio Amatur Perak (PARTS) pula meminta lapor langsung itu dibuat melalui penggulangnya kira-kira jam 2 tengah harinya.

Inilah lapor langsung khas kali ke 4 yang dibuat oleh GRAPET dalam usaha menyampaikan perkembangan terkini sesuatu kejadian kepada frekuensi berkenaan.

Sebelum ini Lapor langsung dari lokasi kejadian juga dilakukan oleh 9W2 PHJ bersama 9W2 IPT mengenai 2 kejadian jatuh sungai di Sungai Perak dan satu lagi temasya sukan sungai sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak.

Dalam kejadian hari ahad lalu (2hb Ogos) sekumpulan peserta dalam aktibiti Kembara Berjalan pada waktu subuh dan diketahui seorang daripada pesertanya hilang pada pertengahan aktiviti berkenaan.

Butir mangsa yang hilang adalah seperti berikut;

SITI AISHAH BINTI HASSIM
PESERTA KURSUS BTN
HILANG DI TAMAN REKREASI KG.GUAR,MANONG

MAKLUMAT HUBUNGI ;

1.IBU PEJABAT POLIS KUALA KANGSAR. TEL.05-7762222

2.EN.SAID (KETUA KAMPUNG GUAR) TEL.013-4659108

4 comments:

ahmadbinabu said...
This comment has been removed by the author.
ahmadbinabu said...

ni nasihat daropada sy,sekiranya pembaca tidak mengetahui dengan jelas kejadian sebenar hendaklah tidak membuat cerita yang bukan2.
sy salah seorang daripada peserta yang bersama siti aisyah amat mengetahui kejadian sebenar.jadi,saya berharap pembaca tidak salah faham dan tidak menyalahi sesiapa dalam hal ini..zizie

ahmadbinabu said...

bagi yang beragama islam,marilah sama2 kita berdoa agar siti aisyah dikembalikan kepada kita dalam keadaan yang sihat..

ahmadbinabu said...

kepada semua urusetia yang terlibat terutamanya pak abu(KJ) dan semua fasilitator yang terlibat, harap dapat bersabar dan menerima ujian ALLAH dengan sabar dan tabah.
saya dan rakan2 sentiasa mendoakan supaya siti aisyah dijumpai dengan selamat.

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server