Nuffnang Ads

Sunday, November 8, 2009

8 stesen RA hadir eye-ball V22


(Rakan-rakan RA sedang berQSO di kediaman 9W2IPT)

Sejumlah lapan stesen Radio Amatur telah menghadiri majlis eye-ball V22 di dua tempat yang berasingan pada ahad kira-kira jam 12 tengah hari.

Mereka yang berkesempatan hadir pada majlis berkenaan ialah, 9W2 PHJ, 9W2 DJJ, 9W2 ULA, 9W2 IPT, 9W2 FTB, 9W2 LES (9W2ZAE/9M2) serta 9W2RBN bersama keluarga dari Pengkalan Hulu, Perak.

Eye-ball pertama dikendalikan oleh 9W2ZAE/9M2 di basenya di Kampung Talang, Tanjung Belanja Parit sementara majlis ke dua dikendalikan oleh 9W2IPT di Taman Seri Sayang Parit.

Majlis tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi silatulrahim dikalangan RA di negeri Perak dan majlis yang seumpama itu akan terus diadakan dari masa ke semasa.


(seronok rakan-rakan RA BerQSO di kediaman 9W2ZAE/9M2)

No comments:

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server