Nuffnang Ads

Sunday, January 31, 2010

Kedai TAKTIKAL dirasmikan


Petang tadi saya diundang oleh rakan-rakan HAM Ipoh untuk menyaksikan majlis perasmian kedai TAKTIKAL kepunyaan 9W2OCD di Ulu Kinta dekat Ipoh.

Perasmian tersebut disempurna oleh Ustaz Wan Ahmad Termizi dan sebelum itu telah menyampaikan tazkirah "Perniagaan Dari Sudut Islam".



Ramai rakan Radio Amatur sekitar Bandaraya Ipoh hadir termasuk Pengerusi Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTs) 9M2 SLJ.

Perasmian tersebut bertambah meriah bukan sahaja disajikan dengan jamuan ringan malah dilangsungkan juga cabutan bertuah untuk mereka yang hadir- sementara itu 9W2IPT adalah diantara 10 peserta yang bertuah pada petang itu.

Toko TAKTIKAL menjual peralatan tambahan Pasukan Beruniform dan Outdoor (aktiviti lasak) dengan lebalnya " Noramaz Ent R & J Ventures SB.

No comments:

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server