Nuffnang Ads

Sunday, January 31, 2010

Kedai TAKTIKAL dirasmikan


Petang tadi saya diundang oleh rakan-rakan HAM Ipoh untuk menyaksikan majlis perasmian kedai TAKTIKAL kepunyaan 9W2OCD di Ulu Kinta dekat Ipoh.

Perasmian tersebut disempurna oleh Ustaz Wan Ahmad Termizi dan sebelum itu telah menyampaikan tazkirah "Perniagaan Dari Sudut Islam".



Ramai rakan Radio Amatur sekitar Bandaraya Ipoh hadir termasuk Pengerusi Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTs) 9M2 SLJ.

Perasmian tersebut bertambah meriah bukan sahaja disajikan dengan jamuan ringan malah dilangsungkan juga cabutan bertuah untuk mereka yang hadir- sementara itu 9W2IPT adalah diantara 10 peserta yang bertuah pada petang itu.

Toko TAKTIKAL menjual peralatan tambahan Pasukan Beruniform dan Outdoor (aktiviti lasak) dengan lebalnya " Noramaz Ent R & J Ventures SB.

Thursday, January 28, 2010

Buah Tunjuk Langit Mujrab Untuk...... ??


Buah tunjuk langit atau Skyfruit atau nama saintifiknya Swietenia_Macrophylla adalah diantara buah-buahan yang dikatakan mempunyai khasiat yang tertentu luar biasa terutama untuk menyeri dan memeriahkan pergelutan anu .... ??? heheheeee

Menurut ceritanya, buahnya terasa pahit dan sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Harga di pasaran menurut ceritanya mencapai RM400 jika diluar musim manakala harga biasa RM 5.00 sebiji.

Cara menggunakannya, Isi buah Tunjuk Langit itu hendaklah dijemur terlebih dahulu sampai ianya kering atau kesen.

Setelah itu kupas atau buangkan sarung atau pun kulitnya (seperti foto bawah) dan ianya boleh dimakan begitu sahaja tanpa campuran bahan lain. dibuat ulam lagi baik.

Bagaimana pun saya belum lagi menerai/mencuba buah tersebut .... hmmm agak-agaknya lepas makan buah itu ada benda ikut tunjuk kelangit? TST heheheeee..

Antara khasiat-khasiat yang terdapat didalam buah tunjuk langit ini sesuai untuk :-

  1. Anti-penuaan
  2. Kekejangan otot
  3. Alahan kulit / Psoriasis
  4. Kurang Bertenaga / Keletihan
  5. Asma / Alahan Pernafasan
  6. Masalah Tidur
  7. Barah / Ketumbuhan
  8. Penyakit Jantung
  9. Gout / Artritis / Gastrik
  10. Penyakit Hati
  11. Haid dan Keputihan
  12. Resdung / migrain
  13. Hubungan Kelamin Strok
  14. Kolestrol tinggi
  15. Sembelit / Buasir
  16. Kencing manis
  17. Tekanan darah tinggi
  18. Kegemukan Tekanan darah rendah
  19. Kesuburan
  20. Tulang Belakang

Tuesday, January 26, 2010

Telur Berdiri semasa Gerhana Matahari



Pada masa Gerhana Matahari baru-baru ini telur-telur telah berjaya didirikan oleh mahasiswa di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Fenomena ini berlaku disebabkan tindakan graviti bulan dan matahari yang bergabung lalu menyebabkan sesuatu bendalir akan tertarik ke atas.

Putih telur adalah merupakan bendalir yang paling kurang tumpat berbanding kuning telur sehingga menyebabkan putih telur ditarik naik ke atas dan menekan kuning telur ke bawah.

Ini menyebabkan bahagian bawah telur menjadi berat sehingga membolehkan telur mampu menegak dengan sendirinya.

Sebenarnya, tidak semestinya telur-telur ini hanya boleh berdiri sewaktu gerhana sahaja. Ia juga sebenarnya boleh berdiri pada bulan baru iaitu fasa sebelum berlakunya fasa anak bulan.

Saturday, January 23, 2010

Senyum2 hujung minggu 2010

heyyyyyyyyy .. patong pun pandai meraba-raba ke? heheheee macam2 ada.


hmmmm kalau ikut size kucing ni sudah tentu nasi 2 pinggan pun tak cukup?


Alamakkkk ... kalau sudah setinggi manusia susah ni ... bertinju pun anjing ni sanggup??

Tuesday, January 19, 2010

Koleksi Duit lama

Mata wang ini (diatas) pernah saya guna pakai dalam tahun 50an yang diberikan oleh ayahanda saya tetapi tidak banyak dan saya cuma dapat digunakan pakai sekali atau dua sahaja kerana masa itu budak-budak lagi kata mereka budak-budak tidak boleh memegang duit banyak-banyak.






Saturday, January 16, 2010

Sudah gaharu cendana pula ?


Bersuaian dengan tajuk entri minggu ini dapat kita perhatikan, betapa kealpaan menguasai pemikiran pengguna pengangkutan ini.

Kalau diukur difikiran kita, semua kerja-kerja yang dilakukan memang tidak kemampuan kepada kenderaan tersebut melakukan kerja-kerja yang seumpama itu.

Sebagai contoh lihat sahaja foto diatas, macam mana boleh terjadi kereta tersebut cuba memotong ditengah-tengah dua buah bas yang sedang bergerak ??






Wednesday, January 13, 2010

Kalau Dah Mengantuk di mana-mana pun boleh


hmmm kalau sudah terlalu letih dan mengantuk pulak tu - tidak menggira dimana-mana sahaja asal boleh meletakan kepada.

Lihat sahaja aksi kanak-kanak dalam paparan foto kali ini - yang penting jangan tertidur dalam reban ayam sudah laaa....


Thursday, January 7, 2010

Lu Fikirlah Sendiri ..... berbaloi ... baloi

Bio bebeno nii ... oii pak cik nak tanya sikit .... siapa yang bawa siapa ni ?...
awas pak cik !! lembu tu tak pakai underware ... nanti .... heheheee Lo Fikirlah sendiri ...

Kalau macam ini eluklah mana-mana tuan punya motosikal/kuda besi merantai atau mengunci kenderaan kepunyaan masing-masing .... kalau lupa atau tidak berbuat demikian lihat sahaja foto diatas ... deme relax anak beranak ... Lu Fikirlah sendiri ...

Alamak besonya buntut? bangku/kerusi reka bentuk terbaru, kalau anda mempunya buntut yang sama size dengan bangku itu .... Lo Fikirlah sendiri....



Pelik ... pelik udah ada topi keleder kenapa pakai tong cat pulak tu? Lo fikirlah sendiri

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server