Thursday, August 6, 2009
XPDC GUNUNG BUBU DITANGGUHKAN
Kenyataan Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET) berkata hari ini , xpdc tersebut terpaksa ditangguhkan kerana menghormati suasana sedih yang masih menyelubungi rakan-rakan Radio Amatur (RA) yang terbabit dalam Operasi mencari dan menyelamat seorang peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) yang hilang.
Menurut kenyataan itu lagi, xpdc gunug bubu itu akan di rancang semula dengan tarikh dan hari yang sesuai yang akan diumukan kemudian.
BERITA TERKINI : Siti Aishah Di temui
Beliau ditemui oleh penduduk kampung, dalam keadaan terdampar di Sungai Perak berhampiran tebing kampung Semat, Manong daerah Kuala Kangsar dalam keadaan tidak bernyawa lagi.
Jenazahnya telah di bawah ke Hospital Kuala Kangsar untuk pemeriksaan lanjut.
Wednesday, August 5, 2009
Ops Mencari dan Menyelamat Aishah diteruskan
Gerakan mencari dan menyelamat Siti Aishah yang hilang di Kem Rekreasi Guar, Manong, Kuala Kangsar Perak disambung lagi hari ini.
Petang semalam pasukan mencari dan penyelamat dari PGA telah di tempatkan dan base mereka tidak jauh dari bilik gerakan radio amatur manakala hari ini tidak kelihatan lagi unit udara PDRM di kawasan operasi.
(9W2 IPT sedang memberikan taklimat kepada Presiden Parts 9W2 SLJ)Pada mulanya difahamkan, pihak pengurusan operasi akan menamatkan gerakan mencari dan menyelamat sehingga semalam (5hb) dan penduduk kampung yang bersimpati dengan peristiwa itu akan menerus usaha tersebut. Sehubungan itu mungkin sebahagian dari unit-unit tertentu sahaja diberhentikan.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) 9W2 SLJ telah melawat dan berbincang dengan rakan radio amatur di bilik gerakan RA dan menyumbangkan bantuan peribadi.
(Taklimat daripada Bilik Operasi Utama)
Anggota Radio Amatur Perak yang memberikan khidmat mereka malam tadi ialah; 9W2 IPT, 9W2 PHJ, 9W2 LES, 9W2 DJJ, 9W2 VEL dan 9W2 MPB.
Kepada anggota RA yang mempunyai masa terluang dan berhasrat ingin bersama bolehlah menyertainya secara bergilir-gilir. Bilik Gerakan RA tersebut telah dibuka sejak hari pertama operasi pada ahad 2 hb Ogos lalu.
Sementara itu 9W2 PHJ telah menyumbang 2 khemah untuk kegunaan bilik gerakan tersebut.
(Unit Udara PDRM sedang beroperasi)
Malam tadi penduduk kampung turut membantu usaha tersebut tanpa henti selama 24jam yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil , malangnya sebahagian dari mereka difahamkan menggangu usaha-usaha yang dijalankan oleh kumpulan pra normal yang memerlukan susana sepi dan senyap.
Disamping itu, kumpulan darul sifaq telah menyambung khidmat mereka yang terhenti malam kelmarin terdiri daripada kira-kira 15 anggota.
Monday, August 3, 2009
10 Stesen RA bantu ops pencarian pagi ini
Sejumlah 10 Stesen Radio Amatur Perak turut membantu ops pencarian dan menyelamat gadis hilang di Kem Rekreasi, Kg Guar, Kuala Kangsar Perak pagi ini.
Mereka adalah ; 9W2DJJ - 9W2GWC - 9W2HKK - 9W2NIM - 9W2TUO - 9W2FTB - 9W2ULA - 9W2MPB - 9W2 AFM & 9W2 PHJ. gerakan mencari yang dimulakan pagi ini (untuk hari ini).
Dalam kejadian itu seorang gadis peserta Kembara Biro Tata Negara (BTN) Siti Aishah Hassim dari Selangor didapati hilang semasa aktiviti kembara berjalan subuh yang dimulakan kira-kira jam 2 pagi dikem berkenaan pada ahad lepas.
Sejak itu gerakan untuk mengesan dan menyelamat telah dijalankan oleh Pasukan beruniform/keselamatan, unit anjing, unit penerbangan PDRM serta orang-orang kampung serta rakan-rakan radio amatur tempatan.
Bilangan rakan radio amatur kian bertambah sehinggalah pagi ini 10 stesen turut membantu dalam ops berkenaan disamping itu 9W2PHJ menyediakan dua khemah untuk menampung kegunaan ops tersebut.
Frekuensi yang digunakan khas untuk Radio Amatur 145.275 Mhz= V22 dan rakan-rakan RA yang ingin mengetahui perkembangan terkini bolehlah memantau di frekuensi tersebut.
Operasi Mencari Gadis Hilang di V22
Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah ( GRAPET) telah membuat lapor langsung berkaitan kehilangan seorang peserta kembara anjuran Biro Tata Negara di Kem Rekreasi Guar, dekat Manong, Perak di frekuensi V22 pagi ini.
Lapor langsung itu di sempurnakan oleh 9W2 PHJ bersama 9W2 IPT bermula kira-kira jam 11 pagi manakala Pertubuhan Penyiaran Radio Amatur Perak (PARTS) pula meminta lapor langsung itu dibuat melalui penggulangnya kira-kira jam 2 tengah harinya.
Inilah lapor langsung khas kali ke 4 yang dibuat oleh GRAPET dalam usaha menyampaikan perkembangan terkini sesuatu kejadian kepada frekuensi berkenaan.
Sebelum ini Lapor langsung dari lokasi kejadian juga dilakukan oleh 9W2 PHJ bersama 9W2 IPT mengenai 2 kejadian jatuh sungai di Sungai Perak dan satu lagi temasya sukan sungai sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak.
Dalam kejadian hari ahad lalu (2hb Ogos) sekumpulan peserta dalam aktibiti Kembara Berjalan pada waktu subuh dan diketahui seorang daripada pesertanya hilang pada pertengahan aktiviti berkenaan.
Butir mangsa yang hilang adalah seperti berikut;
SITI AISHAH BINTI HASSIM
PESERTA KURSUS BTN
HILANG DI TAMAN REKREASI KG.GUAR,MANONG
MAKLUMAT HUBUNGI ;
1.IBU PEJABAT POLIS KUALA KANGSAR. TEL.05-7762222
2.EN.SAID (KETUA KAMPUNG GUAR) TEL.013-4659108
Sunday, August 2, 2009
Perubahan Tarikh Xpdc Gunung Bubu 14 Ogos
Berikutan daripada pindaan itu jadual berkumpul di perkarangan Biro Tata Negara (BTN) di Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak ialah pada jam 3 petang selepas solat jumaat.
Jurucakap GRAPET memberitahu, perubahan tarikh tersebut untuk memudahkan para peserta yang bekerja untuk mengambil cuti. dan pulang pada hari Ahad.
" Apabila semua peserta telah berkumpul di perkarangan BTN akan diberikan taklimat sebelum berangkat" jelasnya.
Menurutnya lagi, lain-lain perkara tetap seperti yang diumumkan sebelum ini tanpa perubahan.
Bagi peserta yang tinggal di luar negara Perak bolehlah bermalam di Rumah Rehat Parit atau Rumah Rehat Kuala Kangsar dengan tanggungan sendiri.
Saturday, August 1, 2009
XPDC Gunung Bubu 15 Ogos
Aktiviti menjelajah dan xpdc Gunung Bubu dekat Kuala Kangsar, Perak sudah ditetapkan pada 15hb Ogos 2009 ini.
Kegiatan riadhah itu sebagai kemuncak aktiviti Ops Tengas yang dianjur oleh Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET).
Sebelum ini GRAPET telah melaksanakan empat ops tengas (menangkap ikan tengas) disamping kegiatan jungle tracking memakan masa sehari suntuk.
Jurucakap GRAPET memberitahu, xpdc Gunung Bubu itu membabitkan 3 hari 2 malam dan bermalam di Check Point Sungai Gading dan di kemuncak gunung.
" Expc ini terbuka kepada orang ramai yang meminati kembara serta rakan radio amatur amnya tetapi mempunyai ketahanan diri dan mental "jelasnya.
Menurutnya, xpdc itu bermula jam 8 pagi berkumpul di Biro Tata Negara Ulu Kenas dan sebelum itu satu taklimat akan diberikan kepada semua para peserta. Pulang pada Isnin.
" Persiapan awal yang perlu diselesai oleh peserta ialah bayaran RM10.00 untuk mendapatkan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehutanan Negeri Perak yang akan diusahakan oleh pihak penganjur" sambungnya.
Menurut kenyataan itu lagi, para peserta hendaklah bersiap sedia dengan pakaian jungle tracking, lampu suluh, senjata yang bersuaian, sarong kaki dan tangan disamping penyediaan makan dan minum sepanjang xpdc tersebut.
" kami akan menyediakan khemah untuk penginapan tetapi mereka hendaklah membawa bersama sleep Beg"katanya.
Tarikh tutup permohonan 6hb Ogos 2009
Mereka yang berminat menyertai xpdc ini bolehlah berhubung melalui;
9W2 PHJ ( 013 400 3436) Haji Jamalul
9W2 DJJ (019 522 7052) Pak Hafis
9W2 SUF (012 559 0096) Sufian
9w2 MPB ( 012 544 0454 Man
9W2 IPT (019 565 7923) Putera Idris
atau email:
radiokita.malaysia@yahoo.com.my



















