Nuffnang Ads

Saturday, December 19, 2009

Ops Tengas 5 rapatkan hubungan 2 lokasi RA

(para peserta sedang bersarapan sambil ber QSO di daratan)


TAIPING - Ops Tengas kali ke 5 kali ini kearah merapatkan hubungan dua kawasan Radio Amatur, Perak Tengah dan Taiping yang berlangsung di Lata Batu Hampar dekat sini hari ini.

Sebanyak 7 stesen hadir pada pertemuan yang julong-julong kali pernah diadakan, jelas juru cakap Gabungan Rakan Radio Amatur & Rekreasi Perak Tengah (GRAPET).

Mereka terdiri daripada 9W2 PHJ, 9W2 HBC, 9W2 IPT, 9W2 OCC, 9W2 VZO, 9W2 SMZ dan 9w2 LAD.

(sebahagian peserta sempat ber QSO dengan 9W2 APH)


Sebelum ops tengas ke 5 bermula, semua peserta dapat ber eyeball bersama 9W2 APH, yang secara kebetulan melintasi kawasan berkenaan kerana menyertai konvoi PARTS ke Perlis.

(9W2 PHJ bersama 9W2 VZO sedang memeriksa jala dan diperhatikan 9W2OCC)


Juru cakap GRAPET selanjutnya memberitahu, aktiviti yang seumpama itu akan diteruskan dari masa ke semasa sebagai usaha merapatkan lagi silatulrahim dikalangan rakan radio amatur.

Sementara itu, para peserta juga berpeluang ber QSO di daratan sambil sarapan pagi di pekan Padang Gajah.

Projek Ops Tengas itu dipelupori oleh GRAPET dan sebelum ini telah melaksanakan 4 ops tengas sekitar kawasan Kuala Kangsar.

(Inilah sebahagian hasil yang diperolehi dalam Ops Tengas ke 5)

No comments:

Iklan

Ingin Berhenti Merokok ?

Malaysia Web Server